Ramai yang bercita-cita untuk merampingkan badan. Ini adalah kerana seluar ataupun baju ketat ataupun sudah tidak dapat dipakai, berikut adalah tips merampingkan badan
1. Berjalan kaki, sekurang-kurangnya 15 minit setiap hari. Jika asyik
naik lif di pejabat atau rumah, cubalah naik dan turun dengan tangga.
2. Minum air kosong lapan gelas sehari. Ia membantu membuang toksin
daripada badan. Segelas air kosong juga boleh diambil sebelum makan
kerana ia memberikan rasa kenyang sekali gus menghindarkan diri daripada
rasa lapar berlebihan.
3. Sarapan setiap pagi jangan
diabaikan. Mereka yang tidak bersarapan cepat lapar dan mendorong diri
untuk makan lebih banyak pada waktu tengah hari.
4. Banyakkan
pengambilan buah-buahan dan sayur-sayuran kerana ia baik untuk sistem
pencernaan serta dapat menurunkan kadar kolesterol badan.
5. Jangan makan hingga perut sudah kenyang. Jika sayang makanan berlebihan, ia boleh disimpan.
6. Kawal diri supaya tidak makan makanan berlemak dan bergoreng secara
berlebihan. Makanan dikukus atau direbus lebih elok untuk kesihatan.
7. Tidur dapat mempercepatkan kadar metabolisme badan sebanyak 40
peratus. Oleh itu, pastikan anda mendapat tidur secukupnya setiap hari.
8. Senaman yang sesuai mengikut bahagian badan elok dilakukan setiap
kali bangun di waktu pagi. Apabila bangun pagi, rajinkan tangan
membersihkan rumah. Mungkin ia tidak sehebat senaman di luar tetapi
aktiviti berkenaan tetap membantu dari segi pembakaran kalori dalam
badan.
9. Jangan berlapar. Makanan memberi anda tenaga dan
apabila anda menggunakan tenaga kurang daripada apa yang anda ambil,
tubuh akan terkejut. Bila anda tidak tahan berlapar, anda akan makan
dengan lebih banyak.
No comments:
Post a Comment