PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Friday, December 27, 2013

Semak Perkhidmatan Kerajaan Guna SMS


Semak status saman PDRM
taip : POLIS SAMAN [no kenderaan] dan sms ke 15888

Semak Daftar Pemilih SPR
taip : SPR SEMAK [no kad pengenalan] dan sms ke 15888

Semak Permohonan MyKad
taip : JPN MYKAD [no kad pengenalan] dan sms ke 15888

Thursday, December 26, 2013

Terbaik Tol Naik 2014 - Harga terbaru bayar tol

Berita terbaik akhir tahun ini, 15 lebuhraya di seluruh negara akan menaikkan Kadar Tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.

Senarainya 15 lebuhraya yang terlibat

1. Lebuh Raya Sungai Besi Besraya dari RM 1.30 naik ke RM 3.00. kenaikan RM 1.70 

2. Lebuh Raya NPE dari RM 1.60 naik ke RM 2.50. kenaikan RM 0.90 


3. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dari RM 1.60 naik ke RM 2.60. kenaikan RM 1.00 

4. Lebuh Raya Akleh dari RM 1.50 naik ke RM 2.50. kenaikan RM 1.00 

5. Lebuh Raya Kajang SILK dari RM 1.00 naik ke RM 1.80. kenaikan RM 0.80 

Tuesday, December 24, 2013

Jom Mohon BR1M 3.0 atau Cara Update Online

Wah sekarang pendapatan bawah RM 4000 boleh memohon brim tahun depan 2014. Tapi macamana nak mohon ye?
Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai Desember 2013. Bagi permohonan secara manual borang BRIM permohonan boleh di dapati di:

1. Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
2. Pejabat Daerah
3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
5. Jabatan Penerangan
6. Permohonan Online boleh dibuat di https://ebr1m.hasil.gov.my/ (perlu guna internet explorer)

Sunday, December 15, 2013

Awas Taugeh Putih Berseri

Hati-Hati ! Jangan Beli Taugeh Yang Berwarna Putih ! Mesti ramai suka makan taugeh, kan? Nak pulak campur dalam char kuey teow.... hurmm...rangup.

Tapi nak beli taugeh tu kena la buat eksperimen dulu... Beli sikit taugeh tu, jangan makan dulu sebaliknya simpan dulu untuk 3 hari. Pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. Dan kalau boleh jangan beli taugeh yang kaler putih berseri tu.

Keputusan yang mungkin boleh didapati, lepas 3 hari bau taugeh tu hancing semacam. Bermakna taugeh tu disiram dengan urine a.k.a air kencing!! Dan air urine tu la jugak menyebabkan taugeh kaler putih berseri.

Saturday, December 7, 2013

Tips Jaga Seluar Jeans Kegemaran Anda

Sekurang-kurangnya, setiap lelaki daripada anda pasti akan memiliki satu atau dua jeans sebagai seluar kegemaran.. Namun, tidak ramai yg tahu cara utk menjaganya dgn betul & baik.. Di sini beLog infosantai nak berkongsi beberapa tips mudah & praktikal bagaimana utk menjaga jeans kesayangan anda tue

ASINGKAN JEANS KETIKA MENCUCI
JANGAN campur adukkan jeans dgn pakaian-pakaian lain ketika mencuci.. Ini adalah utk mengelakkan kerosakkan pada tekstur jeans tersebut.. Lebih malang lagi kalau pakaian yg bercampur-aduk tue jenis mudah luntur warnanya.. Memang nahas lar jawabnya jeans korang-korang

Tayar - Jaga keselamatan, Jangan Abai!

Ramai yang tak fokus kepada TAYAR sedangkan itulah satu-satunya komponen kenderaan yang memastikan kereta kita masih berada di atas jalan raya!

Kita sering memandu laju-laju tetapi tahukah kita bahawa bahagian kereta kita yang menyentuh jalan raya adalah kecil? Kalau dilihat dari sisi memanglah tayar itu besar dan lebar dan ada empat (4) pula. Cuba lihat betul-betul, permukaan tayar yang menyentuh jalan hanyalah sebesar TAPAK TANGAN setiap satu.

Ianya seperti kita merangkak dengan dua kaki dan dua tangan, dan kita merangkak pada kelajuan 100km/j atau lebih. Jangan ambil sambil lewa tentang tayar.

DIY Buat Sendiri Perangkap Lipas

Mungkin ada yang pening kepala sebab anak anda meminta anda menangkap lipas tetapi anda takut juga kat lipas tu (untuk ibu la kot!). Anak nak lipas mungkin sekolah nak buat PBS sains, bab pernafasan ataupun respirasi, kikiki. Macamana nak tangkap ye. Nak yang hidup pulak tu.

Disini mungkin menyediakan panduan malahan boleh juga dilakukan secara praktikal menagkap lipas secara besar-besaran bagi membasmi lpas dirumah, malahan lebih jimat.

Sebelum ni ada infosantai membuat post cara menangkap nyamuk [klik sini]

Umpan Memancing Ikan Air Tawar

Gambar hiasan je
Mungki ada yang memikirkan umpan yang bagus untuk digunakan jika terjumpa kawasan lombong ataupun sungai. Pancing sudah tersedia di bonet kereta. Rasa macam nak lepaskan gian melihat riak air yang menunjukkan ikan galak bermain di permukaan. Tapi kenalah lihat jenis ikan tersebut ataupun mengagak jenis ikan apa dan umpan sesuai yang boleh digunakan untuk memancingnya, jangan pakai redah je. Sy pun baru belajar, masih tak expert sangat, Kikiki

Ikan Baung menghuni di kebanyakan sungai-sungai yang tidak deras dan keruh. Umpan kegemaran Baung ialah ulat yang menghuni di dalam batang kelapa atau kelapa sawit atau nipah yang membusuk. Ia adalah ulat kepada sejenis kumbang. Hendak mencucuk mata kail kenalah berhati-hati kerana sekali dicucuk, lemak dan air tubuh ulat itu akan keluar dan menjadi kempis. Bila terlalu kempis, ulat akan tertanggal dari mata kail ketika di dalam sungai. Kadang-kadang ulat itu diikat dengan getah gelang supaya ia tak terlucut.

Teknik Memancing Ikan Sepat di kawasan lombong atau air tawar

Guorami ini ada banyak spesis. Ikan Kaloi juga adalah spesis guorami. Ikan Sepat Ronggeng juga spesis Guorami. Ikan Kaloi memang biasa dipancing. Tetapi Ikan Sepat Siam biasanya jarang dipancing. Malah mungkin segelintir sahaja yang tahu ianya boleh dipancing. Sebab biasanya Ikan Sepat Siam ditangkap dengan pelbagai cara lain seperti Bubu, menjaring atau menimba air kolam/lubuk. Kepada sesiapa yang kenal Ikan Sepat Siam, mungkin mereka tahu bahawa ikan ini lebih gemar memakan lumut atau rumpair dan serangga-serangga kecil. Inilah halangannya untuk memancing ikan tersebut. Tetapi, ada caranya.

Oleh kerana memancing Ikan Sepat Siam ini aku kira adalah unik, jadi aku nak kongsikan cara-cara memancingnya seperti mana kami lakukan.

Friday, December 6, 2013

Branded Warehouse Sale


Jualan barangan berjenama Di SSTwo Mall

From 6/12 ~ 15/12/2013

Location :
Promotional Area, 1st Floor, SStwo Mall,
No.40, Jalan SS2/72, Petaling Jaya, Selangor

Summary :
Potongan sehingga 70% (Discounts up to 70%)

Friday, November 29, 2013

Jenis Jeans Lelaki Yang Sesuai

Pemilihan JEANS yg bertepatan dgn tubuh badan & citarasa adakalanya sangat sukar utk ditentukan.. Tambahan pula sekarang nie sudah banyak jenama JEANS di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan yg masing-masing berlumba 100m utk menawarkan pelbagai pilihan yg terbaik..


Tetapi untuk membeli JEANS agar bersesuaian dgn diri & tak pelik di mata orang, korang-korang perlu mengikut kriteria-kriteria tertentu.. Di sini infosantai nak share beberapa kriteria utama yg korang-korang perlu ikut utk mendapatkan JEANS yg terbaik :-

Bahaya Magnet Hiasan Di Peti Sejuk

Satu kajian dari Universiti Princeton telah membuat penemuan menakutkan akibat kesan magnet cantik berwarna-warni yang dilekatkan ke pintu peti ais sejuk.

Makanan seperti ayam, daging, ikan, sayur-sayuran dan buah-buahan yang disimpan di situ dicemari oleh pancaran sinaran elektromagnet. Orang yang memakannya mungkin mengidap kanser.

Kanser sel terjadi apabila satu sel yang aktif mula merebak secara senyap tanpa disedari. Bagaikan bom jangka, ia hanya disedari setelah tiba ke peringkat 4 bilamana pesakit mula merasakan perubahan pada dirinya seperti demam berpanjangan, loya, tidak bermaya serta kurang selera makan. Pada peringkat ini sudah agak lewat untuk menerima rawatan.

Largest Branded Sale USJ City Mall

NCS Bazaar & Event menganjurkan jualan besar-besaran barangan berjenama

Dari December 2013

1st Floor, The 19 USJ City Mall, L6, Jalan Persiar
Kewajipan, USJ 19, Subang Jaya, Selangor

visit
http://www.facebook.com/The19USJCityMall


Al-Ikhsan Cawangan Baru, Pekan Kapar, Selangor

Pembukaan cawangan Al-Ikhsan di Pekan Kapar Selangor

Lokasi
Al-Ikhsan, No. 262, Jalan Besar Kapar,
Pekan Kapar, Klang Selangor

Promosi
kasut bola Adidas FS TRX FG RM119
Kasut bola UMBRO RM 99

baucher al-Ikhsan RM50

Saturday, November 2, 2013

Buat Sendiri Perangkap Tikus

Tikus Memang Gemar makan Sisa Makanan Yang Ditinggalkan Manusia Ada yang tinggal di kawasan yang banyak sumber makanannya seperti sawah padi dan ladang kelapa sawit. Bagi menangkap tikus ni memang mudah dengan menggunakan jaring dan perangkap khasnya, tetapi kalau nak mengurangkannya pada skala besar, perangkap akan membuatkan anda berbelanja besar dan kosnya akan besar. Catatan lalu petua menghalau tikus

Paling mudah adalah dengan membuat sendiri perangkap tersebut. Mungkin ianya akan meminimumkan kos yang terpaksa ditanggung dan hasilnya akan banyak tikus yang terperangkap dan dimusnahkan.

Buat Sendiri Sampul CD

Alamak dah Burn CD / DVD tapi Tak Ada Sampulnya Lah Jangan serabut, hanya dengan sekeping kertas, takpayah kekedai untuk membeli sampul cd tu.

Caranya (lihat gambar)

1. Letakkan Cd di hujung (bhg lebar kertas)

2. Lipat kiri dan kanan (memanjang)

3. Lipat kedalam

4. Lipat, menutup cd tadi

5 dan 6. Buka semula dan lipat segitiga untuk bucunya.

7. Selitkan

8. Siap

Buat Sendiri Handphone Speaker

Buat Sendiri Terminal Handphone sama ada untuk memegang dan menguatkan atau megecas. Mudah dan jimat, anda tak perlu membazir wang yang banyak.

Caranya dan bahannya

Carilah board kertas, kertas berbentuk silinder, contohnya gulungan tisu, gulungan kain (kalau beli kain sekayu) ataupun seangkatannya. Potong mengikut kesesuaian dan saiz hp anda, jangan loose / longgar sangat.

Untuk menetapkan hp supaya tidak bergerak atu berkuling, cari pin kertas (pin lekat memo pada papan kenyataan, lihat gambar, pin warna merah sebagai kaki)

Dah, siap dongle yang murah dan jimat. Sambil jadi stand untuk hanphone anda. Sesuai untuk Iphone ataupun samsung yang mana speakernya terletak di bawah.

Do It Myself, Multipurpose Holder

Buat Sendiri dan Jimat Mungkin apa yang boleh dilakukan selain membeli pemegang yang siap terjual di pasaraya ataupun kedai dua ringgit, anda boleh menghasilkan sendiri pemegang serbaguna.

Dengan sebiji bola tenis (tennis ball) anda hanya memotong dan menghias seperti gambar. Mudah tak?

Di belakangnya, anda perlu paku dan boloskan bola dibelakangnya.

Pemegang ini boleh digunakan untuk meletak kunci, memegang surat atau dokumen, memegang tuala kecil, ataupun sebagai hiasan

comel tak?

Urus Wayar Berserabut, cara jimat

Pening Kepala Wayar Belakang Televisyen (TV) ataupun Wayar Berselirat Belakang Laptop Jangan khuatir. Jika ingin megurus wayar yang sangat panjang dan bayak terutama untuk set hometheater yang wayarnya berselirat, ataupun komputer dekstop yang mana wayar printernya atau wayar dari punca kuasanya (power supply), cara ini mudah dan jimat

Cuba lihat tag atau klip pada roti, ambil pen permanent dan tuliskan jenis wayar yang anda nak atur / susun. Kan senang. Jimat dan tidak perlu berbelanja lebih.

Phone holder, pemegang handphone

Segmen Buat Sendiri Pening kepala jika plug terminal kuasa terlalu tinggi atau charger hp anda pendek dan tak cukup panjang untuk digunakan sehinggakan anda mengecas hp sampai tergantung hp tu. Mungkin juga anda tidak mahu anak-anak anda atau bayi mengambil hp anda dan menjauhkannya dari dicapai.

Jadi dengan hanya mengitar semula botol losyen bayi (baby lotion) anda hanya perlu memotongnya seperti gambar. Anda perlu menebuk botol tersebut sesuai dengan palam pencucuhnya (palam 3 pin / palam 2 pin). Poket telifon bimbit tersebut makin menarik jika anda membalutnya dengan kertas bewarna agar tak kelihatan jenama botol tu. Mungkin boleh juga dicat dengan cat kalis air atau cat minyak.

Saturday, October 19, 2013

Cara Semulajadi Merawat Kencing Manis, Diabetis

Percaya ke tak - kacang panjang mampu rawat diabetis 

Terbaru, penemuan dari negeri China, Mereka yang menderita menghidap penyakit diabetis ataupun penyakit kencing manis.

Ambil 12 batang kacang panjang dan sebiji tomato merah. Blenderkan sehingga menjadi jus. Tambahkan air jika perlu. Ianya diminum sampai habis.

Saturday, October 12, 2013

Hilangkan Stress, Nikmati Ketenangan Alam

Lakukan aktiviti riadah, jangan terperap dirumah sahaja
STRESS Kerja dan Badan Lesu Selalu berada dalam keadaan stress tidak baik untuk diri. Kebisingan hidup di kotaraya dengan kenderaan lalu lalang dan setiap hari asik menghadap meja kerja setiap hari sangat-sangat akan membuatkan kita berasa bosan dengan kerja. Cuba ubah hidup anda, jangan hanya mengganggap dunia anda kerja, balik rumah dan kerja semula. Ambillah masa hujung minggu untuk membuat aktiviti riadah, ataupun menyejukkan mata sebentar dengan melihat alam semulajadi.

Ketenangan...suatu nikmat yang tidak ternilai. Andai melihat kepada alam semulajadi yang indah dan mendamaikan... pasti dengan jelas kelihatan ketenangan. Begitulah juga dengan kita... Riak wajah di muka jelas sekali dapat di teka hati dan minda di dalam dalam keadaan tenang atau pun tidak.

Awasi Anak Dari Gajet

Jangan biarkan anak anda.
Fikirkan kesan buruknya
Kesan Gadget Ke atas anak-anak.. Anak-anak sekarang sangat-sangat terdedah dan amat leka kalau diberikan bermain gajet seperti telifon pintar atau ipad. Ibubapa perlu prihatin dan memandang serius hal fenomena kanak-kanak yang terlalu khusyuk dan ketagih gajet-gajet yang canggih-canggih belaka sekarang ini.

Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di Hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.

Bakteria Dalam Daging Ayam Mentah

Masak ayam dengan betul. Gunakan garfu dengan
menyucuk-nyucuk bahagian peha (drumstick) atau
hiris dengan pisau.
Bakteria Salmonella memang semulajadi ada dalam ayam mentah dan kebanyakan makanan laut. Makanan tersebut hendaklah di masak secukupnya. para-para ibu & bapa baca maklumat penting dibawah ini!!!!

Tentukan ayam di masak hingga ke tulang. Jangan makan jika masih nampak darah di tulang, terutamanya drumstick. Makanan berprotein tinggi tidak boleh di simpan di suhu biasa (27 C) melebihi 4 jam kerana pembiakan bakteria telah cukup untuk mengeluarkan toksin keracunan makanan.

Kelebihan Bersikap Tenang

Kurangkan marah anda,
Luangkan masa berehat, elakkan stress
INDAHNYA SIKAP TENANG Sifat yang tenang adalah salah satu tanda kejayaan. Tenang menunjukan peribadi yang kuat dan mantap. Tenang merupakan tanda bagi manusia yang sedar dan beradab. Kebalikannya adalah manusia yang mudah marah kerana sebab yang remeh dan mudah mengamuk menunjukkan manusia yang lemah peribadi, akal dan kehendaknya.

Ya, ibaratkan seperti pohon yang lemah, mudah goyang oleh hembusan dan tiupan angin. Adapun manusia yang kuat seperti pohon yang kuat, akarnya menusuk ke dasar bumi dan cabangnya menjulang kelangit, pohon yang kuat ini semakin bertambah kukuh, setiap kali badai menerpanya.

Manusia yang tenanglah yang mampu mendapatkankan hati orang lain dan berhasil mendapatkan penghargan mereka. Manusia, bila anda ingin mendapatkan pengikut maka pertama yakinkan pada orang lain bahwa anda adalah teman yang sejati. Tenang menjerat hatinya dan itu adalah satunya jalan menuju hati orang lain.

Tingkatkan Kerjaya Anda

Sambung belajar lepas kerja ... Sanggup?
KERJAYA ANDA ADALAH LANDASAN TERBAIK. Tahukah anda, dalam mengembangkan kerjaya, bukan tempat kerja yang menjadi ukuran. Walau di mana pun anda bekerja, perancangan karier amat penting untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya. Ayuh, lihat 4 tip yang berguna untuk anda.

1. Tidak Berhenti Belajar
Dunia berubah sangat pantas, terutama dari segi teknologi dan cara. Pelbagai teknik yang digunakan dalam memajukan perniagaan dan kerjaya. Jika anda tidak mahu ketinggalan, sentiasalah mengikuti perkembangan semasa, tambahkan pengetahuan dan juga kemahiran anda.

Kasiat Makan Buah Tin

Kelazatan buah tin
KELEBIHAN BUAH TIN
buah yang disebut dalam AL QURAN. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”.
(HR Abu Darda; Suyuti).

Hadis ini telah dibuktikan dengan penemuan sains mengenai keistimewaan buah tin yang belum diterokai sepenuhnya.

Semak Cara Kenal Logo Halal Malaysia

Macam-macam versi logo halal kat malaysia ni.

Macamana nak tahu, Ori ke?

Paling cepat bawah logo (label gambar no 7 dan 8) memberi standard MS dan no rujukan permohonan produk.

Maklumat lanjut boleh ke halaman web jakim
http://www.halaljakim.gov.my




Restoran Mamak | Hindu ke Islam Ke

'MAMAK' ~ HINDU ATAU MUSLIM ... PASTIKAN PILIH KEDAI MUSLIM ...WASPADA..!!! Cara membezakan restoran mamak atau hindu
Memang sedap, tapi kalau tak ambil tahu je
sampai bila kita nak bersubahat

Sekiranya anda ke kedai-kedai mamak, cuba periksa lauknya, adakah terdapat masakan berlaukkan daging lembu.

Ya, daging lembu. Inilah kunci untuk membezakan di antara kedai mamak Muslim dengan bukan mamak yang berlagak Muslim.

Kenapa daging lembu? Sebab, tidak mungkin penganut-penganut agama hindu tergamak hendak menyembelih, memasak dan menghidangkan "tuhan" mereka! Di dalam agama Hindu, lembu merupakan haiwan suci yang dianggap tuhan mereka.

Justeru, masakan yang berasaskan daging lembu tidak akan dihidangkan oleh restoran-restoran yang Hindu bukan Muslim yang menyamar Muslim.

Tuesday, October 1, 2013

Meninggal, Keracunan Kenduri Kahwin, Yan Kedah

InfoSantai mengucapkan takziah dan amat
bersimpati kepada keluarga mangsa..
Al-Fatihah
31 September - Menjadi sejarah, kes tak disangka-sangka, menghadiri jemputan majlis kenduri kahwin menjadi tragedi, 3 Meninggal dan 170 yang lain mendapat rawatan - disini Tanjung Dawai, Yan Kedah.

Selain tiga kematian dilaporkan pada Isnin 1 Oktober, menurut laporan terbaru, lebih 170 orang yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai sedang dirawat di tiga hospital berdekatan

Mesti Ambil Tahu, Panadol Tiruan

Lambakan PANADOL Tiruan | Salam info terkini, kwn atas kwn keje bhgn KDNK. Jgn beli panadol yg belakang dia cop merah. Yg tulen hanya cop bwarna biru. Yang jual di kedai runcit semua warna merah, antara kandungan panadol tiruan ini. - paracetamol overdos, bedak sejuk, tepung gandum dan tepung2 lain.
Klu tgk pun biru ada bar code..


Friday, September 20, 2013

Minum jadi Kurus Ramping

minum pun boleh kuruskan badan?
Lima Minuman Segar Merampingkan Perut dan Menguruskan Badan | Minuman bersoda atau bergas, sirap atau milkshake memang sangat menyegarkan. Tetapi, minuman tersebut mengandung gula tinggi yang boleh membuat tubuh meningkat beratnya dan perut makin membuncit.

Sebenarnya ada minuman yang selain segar juga boleh membantu Anda merampingkan perut dalam masa yang sama. Kita macam "2 in 1".

Cuba secara teratur menelan lima minuman berikut, yang memiliki banyak manfaat kesehatan dan membuat perut anda makin seksi dalam masa yang sama.

Jom Naik Basikal

Minat? Sekarang ni dah jadi
trend
Mari Kita Berbasikal | Jika Anda malas berolahraga, berbasikal boleh menjadi salah satu olahraga menarik untuk dicuba. Berkayuh akan membuatkan badan terasa ringan kerana tanpa terasa Anda telah menggerakkan tubuh sambil dapat menikmati pemandangan alam sekitar.

Banyak anak muda dan tak kurang juga orang berusia dan berumur sekarang ini memilih untuk berbasikal seawal pagi hujung minggu. Apa yang Anda dapat dari berbasikal? Bagaimana memilih basikal yang sesuai?

Kajian Tidur Malam Anda

Tidur seharian - apa lagi yang kita tak tahu?
Apa yang Terjadi Waktu Kita Tidur? Sebagai salah satu rutin keseharian kita, tidur memang menjadi hal yang biasa kita lakukan. Pada malam hari, rasa ngantuk yang dihasilkan hormon melatonin menjadi penanda bahwa tubuh memerlukan istirehat dengan tidur. Anda pergi ke tempat tidur, merebahkan diri dan tanpa sedar Anda telah tertidur. Keesokan harinya, apabila sedar Anda mungkin tidak ingat berapa lama Anda telah terlelap. Anda mungkin masih teringat mimpi indah semalam. Pernahkah Anda tertanya-tanya, apa yang sebenarnya terjadi pada saat kita tidur?

Bunuh Lipas

Ramai yang takut terutama wanita... sampai melompat
nampak lipas ni
Membanteras dan Membunuh Lipas | Lipas seringkali dijumpai di sudut-sudut rumah tak kiralah perumahan kelas bawah maupun perumahan mewah sekalipun. Bila kita amati, biasanya sudut sudut rumah mahupun kompleks perumahan merupakan tempat yang disenangi oleh binatang ini kerana banyak terdapat makanan yang boleh dinikmati sekaligus dijadikan tempatnya bersarang. Untuk memberantas lipas (kecoa dalam bahasa indonesia), Ia perlu dibunuh secepat mungkin kerana ia adalah salah satu penyebab penyakit untuk keluarga anda.


Apa Menarik Pasal Internet?

http:// biasa kita guna
Fakta Unik Tentang INTERNET | Internet bukan benda baru lagi bagi kita. Asyik-asyik, layari internet, sikit-sikit di internet. Memang, internet telah menjadi kebiasaan yang merevolusi budaya masyarakat dunia menuju masyarakat informasi. Malaysia yang masih mendalami internet pun sudah mulai terbawa arus perubahan masyarakat dunia tersebut.

jadi, sebagai penambah pemahaman Apakah internet, berikut ini adalah beberapa fakta-fakta menarik berkenaan internet:

Bersin, Batuk, Sedu, Dengkur dan Menguap Manusia

Cute! Teringin juga nak tahu kenapa
manusia ... Itu... ini
Fakta : Bersin, Batuk, Sedu, Mendengkur dan Menguap | Bersin, batuk, sedu, berdengkur, atau menguap pasti pernah Anda alami. Ketika di daerah berdebu, Anda akan bersin. Kemudian ketika menghirup sesuatu yang membuat nafas sesak, Anda akan batuk. Kadang Anda juga mengalami sedu yang berbunyi 'hik'. Berdengkur atau mengorok juga boleh jadi dialami sesiapapun. Satu lagi iaitu ketika mengantuk, Anda menguap.

Kegiatan itu sering terjadi di luar kemahuan dan merupakan proses semulajadi. Mengapa hal itu terjadi? Secara ilmiah, hal tersebut dijelaskan sebagai berikut.

Kenapa Nyamuk Suka Anda

Nyamuk... Sejak bila pula ia hisap benda selain darah?
Alasan Nyamuk Tertarik Kepada Anda | Banyak orang yang bertanya, kenapa nyamuk tertarik kepada orang-orang tertentu sedangkan ada orang yang tidak digigit oleh nyamuk. Jerry Butler, PhD, profesor emeritus dari University of Florida, mengatakan 1 dari 10 orang sangat menarik bagi nyamuk, terutama bagi nyamuk betina di malam hari. Nyamuk jantan tidak menggigit orang, tetapi nyamuk betina memerlukan darah manusia untuk perkembangan telur mereka. Ternyata, hanya orang-orang tertentu yang akan dihampiri oleh nyamuk-nyamuk ‘ganas ini.

Thursday, September 19, 2013

Tidurkan Bayi Tanpa Buaian, Cepat

Di bawah ini terdapat beberapa cara yang mudah untuk menidurkan bayi kita tanpa menggunakan buaian..pada ibubapa yang anak mereka susah untuk tidur marilah kita cuba cara-cara di bawah ini...

Petua Hilangkan Angin Badan

Angin perut bahaya kalau dibiarkan
Gas yang terdapat dalam sistem penghadaman atau sistem gastrointestinal selalunya mengandungi gas yang tidak berbau seperti oksigen, nitrogen, karbon dioksida, hidrogen dan metana. Ia mengandungi 99% gas buangan dalam usus. Komponen kecil “flatus” atau gas yang keluar melalui dubur, boleh dikaitkan dengan bau yang tidak menyenangkan mungkin disebabkan gas yang mengandungi sulfur. Ia biasanya dilepaskan oleh bakteria yang sememangnya ada dalam usus besar.



Sunday, September 8, 2013

Elak Perut Buncit Cepat

Perut buncit bukan sahaja membuatkan penampilan seseorang itu jadi kurang menarik, bahkan adakalanya ia juga boleh mendorong perasaan rendah diri kepada sesetengah individu.


Untuk mengelak daripada perut terus buncit, di sini dikongsikan beberapa panduan untuk mengempiskan perut atau menghilangkan perut buncit untuk mendapatkan kembali bentuk badan yang sepatutnya.

Saturday, August 31, 2013

Galeri Formal Terkini Baju Lelaki

Kebanyakan trend dalam tahun 2013 ni, semua mahu mengikut fesyen korea. Kebanyakan baju dan seluar jenis fit. Sy bukanlah jenis yang pandai atau terkedepan pasal fesyen-fesyen terkini ni, cuma sekadar berkongsi padanan sesuai warna kemeja setelah badan ni sekejap gempal, sekejap kurus semula dek gara-gara mengejar fesyen ini.

Fesyen jejaka korea - Baju slim fit hitam lengan panjang
dengan warna cuff dan leher bewarna jalur hitam
dipadankan seluar  slack warna khakis

Tips Anak dan Keluarga Bahagia

Tips Kebahagiaan Anak dari Prof. Dr. Muhaya
====================

Jom amalkan 10 tip dibawah ini bermula dari hari ini juga.

Sebenarnya diuji dalam nikmat ini amat memerlukan pertolongan Allah. Takut pula timbul sifat sombong, bangga diri, rasa hebat dan lain2. Hanya padaNya kita berserah setelah berdoa dan berusaha. Beberapa tip yang boleh kongsi bersama.



1. Kalau tiba-tiba teringatkan anak kirimkan bacaan Al Fatihah. Sampai ke ayat "iyyakanakbudu waiyyakanastain" - yang ertinya "Hanya kepada Mu kami sembah dan hanya padaMU pohon pertolongan..", mintalah apa-apa hajat masa itu yang ada hubung kait dengan anak yang Kita ingat tu, habiskan bacaan surah Al Fatihah doakan semuga anak kita diberi kefahaman yang sebenarnya dalam urusan agamanya, memiliki ilmu yang bermanafaat Dan serahkan urusan anak kepada Allah untuk menjaganya.

Thursday, August 29, 2013

Mengusir Anai-Anai Makan Kayu

6 Cara Mengusir Dan Membasmi Anai-Anai Pemakan Kayu, Anai-Anai (Rayap) merupakan haiwan kecil yang berwarna putih, orang barat memanggilnya "white ant". Anai-anai biasanya akan memakan kayu yang sudah lapuk adan juga mungkin makan kayu yang masih bagus dan baik seperti yang ada di tiang-tiang ataupun bumbung berasaskan kayu di rumah kita. Apabila anai-anai sudah memakan dan menyerang kayu yang ada di rumah kita, ini berbahaya dan berkaitan dengan ketahanan rumah kita. Jika anda merasa anai-anai sudah mula menyerang rumah anda, berikut adalah tips untuk memeranginya.


Kadang-kadang ada anda terlihat lorong berlumpur menghala ke tanah. Kalau mahu tahu ianya aktif atau tidak, pecahkan sedikit laluan sarangnya itu, jika ia aktif, laluan tu akan dibaiki dalam masa yang singkat. Anai-anai memerlukan air untuk hidup, laluan itulah yang akan membawa mereka ke sumber air. Jika aktif, Maka anda perlulah bertindah menghalaunya. Petua lama : Ingat!!! jangan, dimarahi, mereka mahluk tuhan yang mahu makan juga. kalau dimarahi, mungkin mereka akan menyerang dengan lebih cepat

Merawat Kutu Air Di Kaki

Tips Cara mengubati Kutu Air
kutu air merupakan kulapuk / cendawan yang menimbulkan rasa gatal menyerang kaki. Rasa gatal dan tak selesa ini mungkin akan bertambah jika anda terlibat dengan aktiviti berpeluh atau menggunakan stokin. Semoga artikel ini bisa bermanfaat.


Kutu air disebabkan oleh kulapuk tricophyton yang berkembang di dalam air. Kenapa ia boleh menyerang kita? biasanya melibatkan pola aktiviti kita seharian dan kurang menitikberatkan kebersihan, atau kasut basah disebabkan hujan dan kita mengunakannya tanpa mengeringkan ia terlebih dahulu. Hal-hal ini lah puncanya dan berisiko tinggi menyebabkan kita terkena kutu air. Namun kekadang juga kutu air boleh berlaku disebabkan kita mencuci kaki atau tangan pada air yang tidak bersih.

Kutu air biasanya akan menyerang di celah-celah jari kaki atau tangan. Tanda yang ditimbulkan dari kutu air biasanya adalah kaki akan menjadi merah, kulit mengelupas dan terasa gatal. Namun jika anda menderita kutu air, tidak hanya rasa sakit, pedih dan gatal, ianya akan menyebabkan kulit menjadi rosak dan melepuh dan mengelupas bergantung kepada alahan individu.

Wednesday, August 21, 2013

Tergempar: Ramai Maut, Bas Jatuh Gaung Genting

21 ogos 2013

Tragedi yang sangat menyayat hati dan mengejutkan, sebuah bas yang turun dari Genting Highland ke KL terhumban, terjun, jatuh dari jalan ke dalam Gaung petang tadi. Maklumat awal tadi, Bas persiaran itu sarat dengan penumpang dan ramai dikatakan maut dan tidak kurang juga yang dalam keadaan kritikal.

bas terhumban, ramai meninggal
Maaf, hanya gamber kren sahaja,

Saturday, August 17, 2013

Terdedah! Proton Terbaru 2013 Suprima

Proton melalui media television memberikan nafas baru kepada dunia automotif. Modelnya kereta proton dinamakan SUPRIMA. Sepatutunya pelancaran pada hari ini 17 Ogos 2013. Tah le macamana ye infosantai2 dapat, hehe dari sumber yang dipercayai lah. Jadi Info yang ada masih tak rasmi lagi. Kita tunggu perasmiannya malam ini.
Kereta Baru 2013
Inilah Dia, Gambar Proton SUPRIMA

Friday, August 16, 2013

Malang! Kes Wanita Ditampar Suami Dalam Lif

Kini tersiar di laporan akhbar dan televisyen (TV) kes wanita bersama dua anaknya ditampar dalam lif oleh suaminya. Suaminya dikatakan berang dan marah kerana anaknya tidak mahu mengikutnya atau bersamanya ke rumah isterinya yang lain dan bertindak memukul dan menampar isterinya. Asalnya ianya hanya rakaman CCTV dalam Lift di Pulau Pinang (Penang) dan dimuat naik dalam YouTube (Utube)

Suami berang dan tampar isteri dalam lif

Monday, August 12, 2013

Gempar: Kerani sekolah Mati di Bom

Apalah nak jadi dgn malaysia ni. Banyak kes bunuh sejak dua menjak ni. Lepas tembak, Main pakai/guna bom pula. Terus maut kena bom tu.
ikhsan KosmoOnline

Terbaru kes bom oleh kerani sekolah di Tumpat, Kelantan. Mayatnya terburai di perut dan putus dua Tangannya. Laporan berita cakap tangan sahaja parah. Dalam berita mayatnya ditutup dgn payung, kain batik dan surat khabar, ni mesti mayatnya tak sempurna.

Saturday, August 10, 2013

Terhangat: Info SPEED TRAP 2013

Hanya Di Malaysia

Info roadblock JPJ dan PDRM

UPDATE 2013 di Hanya Di Malaysia


lokasi speedtrap, Jangan kena saman ekor plak ..so hati2 Tok J dengan Tok P usha dari jauh je ni..heh3


ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List