Industri media penyiaran dijangka bakal berkembang apabila sebuah
saluran televisyen kabel digital terbaharu akan diperkenalkan pada tahun
hadapan yang diusahakan oleh ABN Media Group.
Pengerusi Eksekutif Kumpulannya, Datuk K.K Eswaran berkata,
syarikat itu menerusi Asian Broadcasting Network (M) Sdn Bhd yang
membekalkan saluran berkenaan akan membuat kejutan kepada seluruh rakyat
negara ini apabila pelancarannya diumumkan 48 jam sebelum siaran
pengenalan.
“Kami akan membuat satu kejutan apabila pelancaran kabel TV ini akan
dibuat 48 jam sebelum siaran pengenalannya ke seluruh negara pada tahun
hadapan.
“Ketika ini proses meluaskan saluran kabel TV terbaharu ini sedang rancak dijalankan yang bermula di Lembah Kelang,” katanya.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada malam media di Hotel Shangri-La di sini, malam Isnin.
Turut hadir pengerusi ABN Media Group, Tan Sri Mohd Anwar Mohd Nor.
Eswaran menambah, orang ramai bakal mendapat pilihan yang tepat
dengan adanya kabel TV ini kerana siaran yang dibekalkan dijamin
mempunyai kualiti tinggi tanpa gangguan.
Katanya ia berbeza dengan saluran televisyen berbayar lain yang
menerima banyak rungutan kerana siarannya yang sering terganggu
terutamanya ketika hujan.
“Kami percaya, tiada rungutan apabila saluran baru ini dilancarkan
dan berharap rakyat mendapat manfaat daripadanya. Salurannya adalah
dalam bentuk digital sepenuhnya,” ujar beliau.
Televisyen digital kabel berbayar ini mempunyai banyak saluran yang
dibekalkan antaranya sukan, hiburan, berita tempatan dan luar negara,
filem, dokumentari dan juga fesyen.
Malah ia dilihat bakal menjadi pesaing kepada stesen penyiaran Astro yang menggunakan satelit sebagai kaedah siarannya.
Dalam perkembangan lain pihak ABN bakal bekerjasama dengan kira-kira 100 pembekal kandungan siaran televisyen seluruh nergara.
Apalah astro. Dah la bayar nak tengok, Dah plak tu ada iklan banyak sarat kemain
ReplyDelete