PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Wednesday, October 24, 2012

Bila Si Jejaka ....

Kadangkala si dara sukar untuk memahami hati si jejaka.Sama ada tentang perasaan ataupun tentang keadaannya.Kalau si jejaka seorang yang mudah meluahkan melalui kata-kata,mungkin tidak menjadi satu masalah. Setidak-tidaknya kita tahu situasi dia di saat itu.



Tapi bagaimana pula si jejaka jenis yang tidak suka bercerita tentang apa yang sedang dialami ataupun berat mulut untuk berkata-kata? ia membuatkan kita sering bertanya-tanya apakah yang bermain-main difikirannya. Tanda tanya ini sering membuatkan kita salah faham. Mulalah berfikir yang bukan-bukan.

Sikap dan kelakuan seseorang itu adakalanya sukar untuk ditafsirkan. Adakalanya dalam sekelip mata sahaja dia boleh berubah sikap. Ibarat air pasang yang menjadikan laut sebagai mangsa. Bila tiba masa air pasang,ombak pun boleh menjadi ganas memukul pantai tanpa rasa belas simpati.Tapi pantai masih setia menanti pukulan ombak.

Begitu juga dengan sikap seseorang.Jika seorang jejaka yang sedang bertahta di hati seseorang gadis sekarang ini.Terimalah dia seadanya. Apa pun kita harus faham dengan situasi si jejaka. Adakalanya mood si dia ok. Dan adakalanya tidak.
cadangan membaca : seluar lelaki - makna pemakaian.html

Artikel kali ini mengenai 10 situasi bagi si jejaka yang harus difahami bagi si dara

Bila si dia sibuk..
Jangan pula kamu terhegeh-hegeh meminta si dia menjemput kamu di tempat kerja ataupun menemani kamu pergi membeli belah.

Bila si dia ego..
Jangan sesekali kamu mempersoalkan tentang keegoan bila sikap sebegini sedang menguasai dirinya. Lelaki amat payah mengakui dirinya ego. Sebaliknya berpendapat ianya kerana ketegasan.

Bila si dia romantik..
Ajaklah si dia bersiar-siar di tepi pantai. Ataupun makan malam di bawah cahaya lilin sambil mengenangi saat-saat manis pertemuan pertama dan jangan lupa selit-selit sekali perancangan untuk masa hadapan.

Bila si dia panas baran
Jangan membuat sesuatu yang boleh menyemarakkan lagi kemarahannya. Cuba kamu berdiam diri dahulu sampai kemarahannya reda.

Bila si dia penat..
Jangan mengadu perkara ataupun bercerita tentang hal yang remeh. Dalam saat sebegini si dia hanya perlu rehat yang secukupnya dan jangan memaksa dia membuat sesuatu yang boleh menambahkan kepenatan.


 Bila si dia pentingkan diri-sendiri..
Cuba berterus terang dan meluahkan perasaan tidak puas hati kamu tentang sikapnya itu. Kamu patut bersikap terbuka dan meminta supaya dia mengimbangi pendapat kamu juga. Jangan kupa unuk bertoleransi antara satu sama lain.

Bila si dia mengongkong..
Kalau kamu memberontak,pasti kamu akan dimarahinya. Tapi kalau menurut saja katanya takut menjejaskan diri sendiri. Untuk itu kamu perlu mengatakan padanya untuk membiarkan kamu membuat keputusan sendiri asalkan tidak menjejaskan hubungan kamu berdua.

Bila si dia selamba..
Cuba tarik perhatian si dia. Contohnya membuat sesuatu yang boleh menarik minat dia. Orang yang selamba ini selalunya ingin kita yang memulakan dahulu. Oleh sebab itu kamu patut merancang sesuatu bagaimana untuk menarik perhatian si dia.

Bila si dia curang..
Jangan tuduh tanpa usul periksa. Jika benar si dia curang, bersemuka dan Tanya si dia mengapa bersikap begitu. Tapi kalau dia tetap dengan keputusannya,eloklah kamu sendiri yang berundur dulu sebelum makin parah kelukaan di hati.

Bila si dia lurus bendul..
Memang kamu boleh mengambil kesempatan ke atas dirinya. Tetapi jangan sampai memperlekehkan setiap tindak-tanduknya. Kamu patut menjadi perangsang padanya dan mengatakan yang si dia mampu membuat keputusan sendiri tanpa mengharapkan orang lain sangat.

ditujukan kepada si dara… untuk si teruna sekadar baca boleh juga

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List