Tuesday, December 24, 2013

Jom Mohon BR1M 3.0 atau Cara Update Online

Wah sekarang pendapatan bawah RM 4000 boleh memohon brim tahun depan 2014. Tapi macamana nak mohon ye?
Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai Desember 2013. Bagi permohonan secara manual borang BRIM permohonan boleh di dapati di:

1. Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
2. Pejabat Daerah
3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
5. Jabatan Penerangan
6. Permohonan Online boleh dibuat di https://ebr1m.hasil.gov.my/ (perlu guna internet explorer)

Cara permohonan Online

1. Klik https://ebr1m.hasil.gov.my/ samaada untuk permohonan baru ataupun pembaharuan


2. Masukkan no kad pengenalan anda dan tarikh lahir dan klik kemaskini permohonan BRIM 2.0 pada butang yang terdapat di sebelah bawah kanan

3. Pilih untuk mengemaskini data seperti :-

a. No telefon rumah
b. No telefon bimbit
c. Pekerjaan
d. Maklumat bank
e. Alamat e-mel
f. Alamat surat menyurat terkini

Tapi kalau susah gunakan borang dengan klik di bawah ni
https://ebr1m.hasil.gov.my/manualPengguna/Borang%20Permohonan%20BR1M%202014.pdf


Tapi kena semak kelayakan sapa yang boleh sapa yang tak boleh

•   Syarat kelayakan permohonan BR1M 2014:
       (i)       Warganegara Malaysia
       (ii)      Lelaki atau perempuan yang menjadi ketua kepada isi rumah / ahli yang tinggal serumah dengan jumlah pendapatan kasar
                  bulanan isi rumah RM4,000 dan ke bawah
       (iii)     Warga emas sebatang kara (berumur 60 tahun dan ke atas) dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM4,000 dan ke bawah
       (iv)     Bujang yang berumur 21 tahun dan ke atas dengan jumlah pendapatan kasar bulanan RM2,000 dan ke bawah

  •   Sila kemukakan salinan:
       (i)       MyKad bagi pemohon; dan
       (ii)      MyKad/MyPR/Pasport bagi suami / isteri (jika berkenaan)
     
  •   Semakan kelayakan dengan agensi / sumber lain adalah tertakluk pada ketetapan Kementerian Kewangan Malaysia.

  •   Penerima Baucar Buku 1Malaysia (BB1M) tidak layak memohon BR1M 2014
     
  **NOTA

  1. PERMOHONAN BARU - Bagi pemohon yang pertama kali memohon BR1M dan juga bagi pemohon BR1M 1.0 dan 2.0 yang tidak layak.

  2. KEMAS KINI PERMOHONAN BR1M 2.0 - Bagi penerima BR1M 2.0 mengemaskini maklumat selain daripada Status Perkahwinan dan Maklumat Isi Rumah.

  Bagi pindaan Status Perkahwinan atau Maklumat Ahli Isi Rumah, sila hantar borang permohonan ke Cawangan LHDNM yang berhampiran anda.

5 comments:

  1. mana nk dptkn borang utk tukar status perkahwinan tu?

    ReplyDelete
  2. Esok 31 Januari 2014 tarikh akhir kemaskini dan daftar brim. Cepat oiii
    http://mimpitidur.blogspot.com

    ReplyDelete
  3. jom update pula ke brim 4.0 2015 di pautan yang sama kat link atas ni atau klik bawah ni

    https://ebr1m.hasil.gov.my/

    ReplyDelete
  4. Kalau sy dpt bb1m dan sy dpt brim. Hukumnya haramkah duit brim tu?

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List