Pilihan 1: Ambil anggaran 20 helai daun pandan dan kisar halus. Tapis
dan ambil jus pandan untuk dicampurkan denagn sebaldi air untuk dibuat
air mandian. Ketika mandi, basahkan tubuh dengan sebahagian air pandan
ini terlebih dahulu. Kemudian gosokkan di bahagian ketiak. Amalkan
sekurang-kurangnya sekali seminggu. Jika rajin amalkan, badan anda akan
menjadi harum secara semulajadi.
Pilihan 2: Sapukan adunan tiga
helai daun sirih dan sedikit tawas yang telah diramas sama, ke atas
badan dan ketiak semasa mandi. Biarkan beberapa ketika dan bilas dengan
air bersih.
No comments:
Post a Comment