1. Wanita suka melihat sesuatu perkara remeh bagi lelaki itu sebagai
perkara besar, contohnya soal pilih gerai makan. Wanita cerewet mengenai
pemilihan gerai makan atau restoran sehingga suka tarik muka jika
geraiatau restoran itu tidak berkenan di hati. Sedangkan lelaki anggap
soal makan di mana sahaja boleh.
2. Wanita sensitif tidak tentu
pasal kerana inginkan perhatian sedangkan lelaki banyak perkara penting
yang mereka hendak fikir.
3. Wanita suka sangat diberikan
perhatian dan manja tidak bertempat dan sikap ini menyebabkan mereka
sentiasa ‘syok sendiri’ dan suka dipuji. Jika tidak dipuji mereka akan
merajuk.
4. Wanita terlalu perasan dan mudah menjeruk perasaan
kerana sering mengharapkan lelaki memahami mereka, sedangkan mereka
tidak mahu memahami lelaki.
5. Lelaki tidak suka menunjukkan
perasaan mereka melalui kata-kata, tetapi hanya memerhati dan bersikap
tanggungjawab pada wanita. Wanita kena menerima hakikat itu.
6.
Suka membeli-belah terlalu lama hingga membosankan lelaki. Itu sebabnya
lelaki malas dan tidak beri perhatian pada sikap wanita yang suka
sangat menghabiskan masa untuk tujuan itu.
7. Terlalu banyak cakap mengenai diri orang lain dan mudah ke arah ‘mengata dan mengutuk’.
8. Lelaki lebih suka menyuarakan perasaan hati mereka melalui perbuatan dan bukan perkataan.
9. Lelaki suka berdiam diri dan tidak suka bising dan ini tidak
bermakna mereka tidak prihatin kepada teman wanita atau anak dan isteri.
10. Lelaki tidak suka diperintah, dikongkong dan dikawal dan jika
isteri atau teman wanita melakukan pengawalan itu pada lelaki, lelaki
akan bosan dan tidak akan memberi perhatian kepada apa juga permintaan
wanita.
No comments:
Post a Comment