PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Friday, December 27, 2013

Semak Perkhidmatan Kerajaan Guna SMS


Semak status saman PDRM
taip : POLIS SAMAN [no kenderaan] dan sms ke 15888

Semak Daftar Pemilih SPR
taip : SPR SEMAK [no kad pengenalan] dan sms ke 15888

Semak Permohonan MyKad
taip : JPN MYKAD [no kad pengenalan] dan sms ke 15888

Thursday, December 26, 2013

Terbaik Tol Naik 2014 - Harga terbaru bayar tol

Berita terbaik akhir tahun ini, 15 lebuhraya di seluruh negara akan menaikkan Kadar Tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.

Senarainya 15 lebuhraya yang terlibat

1. Lebuh Raya Sungai Besi Besraya dari RM 1.30 naik ke RM 3.00. kenaikan RM 1.70 

2. Lebuh Raya NPE dari RM 1.60 naik ke RM 2.50. kenaikan RM 0.90 


3. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dari RM 1.60 naik ke RM 2.60. kenaikan RM 1.00 

4. Lebuh Raya Akleh dari RM 1.50 naik ke RM 2.50. kenaikan RM 1.00 

5. Lebuh Raya Kajang SILK dari RM 1.00 naik ke RM 1.80. kenaikan RM 0.80 

Tuesday, December 24, 2013

Jom Mohon BR1M 3.0 atau Cara Update Online

Wah sekarang pendapatan bawah RM 4000 boleh memohon brim tahun depan 2014. Tapi macamana nak mohon ye?
Permohonan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 3.0 boleh dilakukan secara online dengan merujuk kepada laman web Kementerian Kewangan atau menggunakan borang yang boleh didapatkan mulai Desember 2013. Bagi permohonan secara manual borang BRIM permohonan boleh di dapati di:

1. Pejabat Lembaga Hasil Dalam Negeri di seluruh negara
2. Pejabat Daerah
3. Jabatan Pembangunan Persekutuan
4. Jabatan Kebajikan Masyarakat
5. Jabatan Penerangan
6. Permohonan Online boleh dibuat di https://ebr1m.hasil.gov.my/ (perlu guna internet explorer)

Sunday, December 15, 2013

Awas Taugeh Putih Berseri

Hati-Hati ! Jangan Beli Taugeh Yang Berwarna Putih ! Mesti ramai suka makan taugeh, kan? Nak pulak campur dalam char kuey teow.... hurmm...rangup.

Tapi nak beli taugeh tu kena la buat eksperimen dulu... Beli sikit taugeh tu, jangan makan dulu sebaliknya simpan dulu untuk 3 hari. Pastu cuba bau taugeh tu lepas 3 hari camane. Dan kalau boleh jangan beli taugeh yang kaler putih berseri tu.

Keputusan yang mungkin boleh didapati, lepas 3 hari bau taugeh tu hancing semacam. Bermakna taugeh tu disiram dengan urine a.k.a air kencing!! Dan air urine tu la jugak menyebabkan taugeh kaler putih berseri.

Saturday, December 7, 2013

Tips Jaga Seluar Jeans Kegemaran Anda

Sekurang-kurangnya, setiap lelaki daripada anda pasti akan memiliki satu atau dua jeans sebagai seluar kegemaran.. Namun, tidak ramai yg tahu cara utk menjaganya dgn betul & baik.. Di sini beLog infosantai nak berkongsi beberapa tips mudah & praktikal bagaimana utk menjaga jeans kesayangan anda tue

ASINGKAN JEANS KETIKA MENCUCI
JANGAN campur adukkan jeans dgn pakaian-pakaian lain ketika mencuci.. Ini adalah utk mengelakkan kerosakkan pada tekstur jeans tersebut.. Lebih malang lagi kalau pakaian yg bercampur-aduk tue jenis mudah luntur warnanya.. Memang nahas lar jawabnya jeans korang-korang

Tayar - Jaga keselamatan, Jangan Abai!

Ramai yang tak fokus kepada TAYAR sedangkan itulah satu-satunya komponen kenderaan yang memastikan kereta kita masih berada di atas jalan raya!

Kita sering memandu laju-laju tetapi tahukah kita bahawa bahagian kereta kita yang menyentuh jalan raya adalah kecil? Kalau dilihat dari sisi memanglah tayar itu besar dan lebar dan ada empat (4) pula. Cuba lihat betul-betul, permukaan tayar yang menyentuh jalan hanyalah sebesar TAPAK TANGAN setiap satu.

Ianya seperti kita merangkak dengan dua kaki dan dua tangan, dan kita merangkak pada kelajuan 100km/j atau lebih. Jangan ambil sambil lewa tentang tayar.

DIY Buat Sendiri Perangkap Lipas

Mungkin ada yang pening kepala sebab anak anda meminta anda menangkap lipas tetapi anda takut juga kat lipas tu (untuk ibu la kot!). Anak nak lipas mungkin sekolah nak buat PBS sains, bab pernafasan ataupun respirasi, kikiki. Macamana nak tangkap ye. Nak yang hidup pulak tu.

Disini mungkin menyediakan panduan malahan boleh juga dilakukan secara praktikal menagkap lipas secara besar-besaran bagi membasmi lpas dirumah, malahan lebih jimat.

Sebelum ni ada infosantai membuat post cara menangkap nyamuk [klik sini]

Umpan Memancing Ikan Air Tawar

Gambar hiasan je
Mungki ada yang memikirkan umpan yang bagus untuk digunakan jika terjumpa kawasan lombong ataupun sungai. Pancing sudah tersedia di bonet kereta. Rasa macam nak lepaskan gian melihat riak air yang menunjukkan ikan galak bermain di permukaan. Tapi kenalah lihat jenis ikan tersebut ataupun mengagak jenis ikan apa dan umpan sesuai yang boleh digunakan untuk memancingnya, jangan pakai redah je. Sy pun baru belajar, masih tak expert sangat, Kikiki

Ikan Baung menghuni di kebanyakan sungai-sungai yang tidak deras dan keruh. Umpan kegemaran Baung ialah ulat yang menghuni di dalam batang kelapa atau kelapa sawit atau nipah yang membusuk. Ia adalah ulat kepada sejenis kumbang. Hendak mencucuk mata kail kenalah berhati-hati kerana sekali dicucuk, lemak dan air tubuh ulat itu akan keluar dan menjadi kempis. Bila terlalu kempis, ulat akan tertanggal dari mata kail ketika di dalam sungai. Kadang-kadang ulat itu diikat dengan getah gelang supaya ia tak terlucut.

Teknik Memancing Ikan Sepat di kawasan lombong atau air tawar

Guorami ini ada banyak spesis. Ikan Kaloi juga adalah spesis guorami. Ikan Sepat Ronggeng juga spesis Guorami. Ikan Kaloi memang biasa dipancing. Tetapi Ikan Sepat Siam biasanya jarang dipancing. Malah mungkin segelintir sahaja yang tahu ianya boleh dipancing. Sebab biasanya Ikan Sepat Siam ditangkap dengan pelbagai cara lain seperti Bubu, menjaring atau menimba air kolam/lubuk. Kepada sesiapa yang kenal Ikan Sepat Siam, mungkin mereka tahu bahawa ikan ini lebih gemar memakan lumut atau rumpair dan serangga-serangga kecil. Inilah halangannya untuk memancing ikan tersebut. Tetapi, ada caranya.

Oleh kerana memancing Ikan Sepat Siam ini aku kira adalah unik, jadi aku nak kongsikan cara-cara memancingnya seperti mana kami lakukan.

Friday, December 6, 2013

Branded Warehouse Sale


Jualan barangan berjenama Di SSTwo Mall

From 6/12 ~ 15/12/2013

Location :
Promotional Area, 1st Floor, SStwo Mall,
No.40, Jalan SS2/72, Petaling Jaya, Selangor

Summary :
Potongan sehingga 70% (Discounts up to 70%)

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List