Ada banyak petua lama. Cubalah dgn santai mana-mana petua di bawah:
- Campurkan setengah camca teh kapur dengan perahan sebiji limau nipis. Sapukan campuran pada ketiak selepas mandi setiap malam.
- Sapukan air kapur makan pada ketiak 2 kali sehari.
- Ambil beberapa helai daun pandan, bersihkan dan tumbuk hingga lumat. Perah dab tapis jusnya. Gunakan jus pandan untuk membancuh bedak sejuk. Sapukan bedak sejuk itu pada ketiak setiap malam sebelum tidur. Lihatlah hasilnya dalam masa seminggu.
- Rebus 5 helai daun sirih bersama 5 kuntum bunga kenanga dan segelas air. Didihkan sehingga airnya tinggal setengah gelas. Tapis dan campurkan dengan sedikit gula merah. Amalkan meminumnya 2 kali seminggu.
- Tumbuk 7 helai daun limau nipis hingga lumat. Campurkan dengan sedikit madu dan gentel-gentelkan sebesar kacang. Makan tiga kali sehari.
- Setiap kali mandi, gosok kedua ketiak di lutut.
- Setiap kali mandi, gosok ketiak dengan belakang tapak tangan.
- Sapukan kulit pisang masak pada ketiak 15minit sebelum mandi. Kemudian basuh bersih dengan sabun.
- Belah limau nipis, gosokkan pada ketiak setiap kali selepas mandi.
- Gumpal beberapa helai daun sirih di tapak tangan sehingga mengeluarkan jusnya. Sapukan pada ketiak setiap kali sebelum mandi.
- Tumbuk lumat beberapa helai daun pucuk jambu batu atau daun limau nipis. Gosokkan pada ketiak. Amalkan selalu.
Pengalaman santai yang paling senang adalah beli speed stick 22/7 deodorant kat kedai watson atau pasaraya. Dia letak kat bhg lelaki. Dah macam-macam dah guna. Jenama ni memang tahan dan tak akan membuatkan baju kemeja hitam atau kuning kat bahagian ketiak.
Bacaan santai : petua menghilangkan daki badan
tips menghilangkan bau ketiak secara alami bagus lah.
ReplyDeletecadang nak menghilangkan bau ketiak dengan tawas je bau ketiak sangat ketara, anak pun dah tak tahan baunya. Sebelum tu buang dulu bulu ketiak dgn pisau cukur dulu. Hihihi
Biasanya ketiak tu jenis basah dan mudah berpeluh. Deodarant yg speed stick tu memang baguih la. Perasan juga la geng2 dah tak selalu pegang hidunng
ReplyDeleteSpeed stick tu tuk llaki je ke?
ReplyDeleteboleh lah untuk p'puan tapi nanti ada blackmarks kat ketiak tu (daki), sental lah untuk hilangkan
ReplyDelete