PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, October 13, 2012

Petua Ibu Hamil Kejang Betis

Seperti berlari, bermain tenis, atau hanya berdiri sepanjang hari boleh memenatkan otot anda sebegitu banyak sehingga ia kekejangan. Begitu juga kehamilan. Berat tambahan pada kaki anda selalunya mengakibatkan kekejangan otot kaki pada waktu malam, yang boleh mengejutkan anda dari tidur nyenyak. Kejang betis paling teruk akan berlaku pada trimester kedua dan ketiga. 

Bacaan santai : Saat kehamilan

Punca-punca lain kejang betis berkaitan dengan kehamilan mungkin adalah kelebihan fosforus (didapati di dalam daging yang telah diproses, makanan snek dan minuman bergas) dan kekurangan kalsium dalam aliran darah anda, atau tekanan rahim yang sedang membesar pada saraf kaki anda.


Apabila kekejangan menyerang:


a. Meregang. Mula dengan luruskan kaki anda -- tumit dahulu -- dan dengan berhati-hati lenturkan buku lali dan jari kaki anda. Ini akan berasa sakit pada mulanya tetapi kesakitannya akan hilang secara beransur-ansur.

b. Urut otot yang kejang.

c. Mandi air suam atau letakkan botol air panas pada kawasan kejang.

d. Berjalan. Bermundar-mandir untuk beberapa minit dapat membantu.

Petua Untuk Elakkan Kekejangan


1. Buat senaman meregang sebelum tidur. Regangkan otot betis anda beberapa kali sebelum anda tidur. Ia boleh membantu mengelakkan kekejangan pada waktu malam.

2. Jangan berdiri untuk jangka masa yang lama atau duduk dengan kaki tersilang.

3. Putarkan buku lali dan gerak-gerakkan jari kaki apabila anda duduk, di tempat kerja, pada waktu makan malam atau semasa menonton TV.

4. Makan makanan kaya dengan kalsium. Jika anda benar-benar ada masalah dengan kekejangan betis, tanya doktor anda mengenai pengambilan kalsium tambahan.

5. Elakkan minuman bergas. Ia mengandungi banyak fosforus.

6. Jika kesakitannya adalah berterusan dan bukan hanya kekejangan sekali-kala, atau anda perasan adanya bengkak atau kesakitan, hubungi doktor anda. Anda mungkin menghidapi trombosis vena, atau bekuan darah, sejenis keadaan jarang ditemui (satu dalam 2,000 kehamilan) tetapi ia serius yang memerlukan rawatan perubatan segera.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List