Memang tak best sebenarnya sedu ni, lagi-lagi bila time nak bercakap tu tiba-tiba tersedu. Pelik betul suara yang keluar nanti. Mesti korang pernah, kan? Takkanlah saya sorang je kot. Tak senonoh pulak rasa haha.
Cara Berkesan Hilangkan Sedu Dengan Cepat
Cara berkesan untuk menghentikan sedu adalah dengan meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita. Karbon dioksida ni adalah gas yang kita keluarkan semasa menghembuskan nafas. Gas yang kita sedut tu adalah gas oksigen. Ke ada yang bernafas dengan menyedut gas karbon dioksida? Kalau ada korang ni spesies manusia pokok
Ok, sambung. Macam mana cara nak meningkatkan kandungan karbon dioksida dalam badan kita? Caranya adalah dengan menyedut balik gas yang kita hembuskan tu. Ambik beg plastik atau yang seumpamanya (beg plastiklah senang), lepas tu bernafas dalam beg plastik tu. Tekap mulut dengan hidung sekali.
Cara saya buat, saya tarik nafas dalam-dalam dengan menggunakan hidung, lepas tu hembus perlahan-lahan melalui mulut. Ulang cara ni sampailah sedu tu hilang dengan sendirinya. Pastikan dah gosok gigi sebelum buat cara ni ye hehe.
Ni kali pertama buat macam ni bila nak hilangkan sedu. Betul-betul berkesan. Dalam 5 minit lebih kurang sedu saya hilang. Tapi masa menyedut tu rasa macam orang hisap gam pulak.
Cara Lain
* Tarik lidah anda perlahan-lahan ke hadapan dengan ibu jari dan jari telunjuk
* Bengkokkan anda leher ke belakang, tahan nafas anda dan kiraan sepuluh. Menghembus nafas dengan segera dan minum segelas air.
* Pegang beg kertas ke muka nafas masuk dan keluar anda. Jangan gunakan beg plastik.
* Telan segelas kecil ais yang retak halus.
* Perlahan-lahan makan sepotong roti.
* Pantas minum segelas air
* Telan sesudu teh gula pasir putih kering.
* Meletakkan jari anda di telinga anda untuk menghentikan angin yang terasa nak keluar kat telinga.
* Pakat dengan kawan supaya buat anda terkejut.
* Pegang hidung anda dan menutup mulut
* Kunyah halia
* Menghisap hirisan lemon segar
Kalau korang sedu nanti cubalah buat cara ni,
Ni lagi berkesan sy nak kongsi Hilang sedu untuk bayi
ReplyDeleteAnbil cebisan kertas Atau tisu, Basahkan Ddn air, Kemudian letak di dahi anak kecil anda. Tak tahu apa implikasi sainsnya, Tapi amat berkesan
Betul la. Tisu tu kering je, anak dah tak sedu. Betul-betul bagus lah petua menghilangkan sedu bayi ni. Best
DeleteBetullah, baby i dah tak sedu
Deletealhamdulillah berkesan..sy cuba cara bernafas dalam plastik.terima kasih..
ReplyDeleteMohon nak share ye saudara.
ReplyDeleteWow...berkesan...10q
ReplyDelete6x sedut dh ilang sedu