Saturday, October 13, 2012

Petua dan Adab Berbicara atau Bercakap


1. Hendaklah bercakap dengan nada yang jelas tanpa rasa keraguan dan tidak bercakap dengan nada yang samar-samar.

2. Jika seseorang sedang makan, maka janganlah bercakap tentang sesuatu yang menjijikkan atau yang tidak disukainya.

3. Jangan bercakap mengenai hal orang lain, mencaci dan membuat fitnah (walaupun bercakap tentang perkara buruk yang benar-benar sah dilakukannya, ianya termasuk di dalam kategori mengumpat).

4. Jangan memanggil seseorang dengan panggilan nama yang tidak menyenangkannya atau yang boleh memalukannya.

5. Jangan bercakap tentang sesuatu perkara yang anda sendiri masih kurang pasti mengenai perkara tersebut.

6. Hendaklah bercakap secara berdepan dengan bertentangan mata atau tidak bercakap di belakang untuk mengelakkan timbulnya keraguan dan salah faham.

7. Jika seseorang sedang bercakap tentang sesuatu topik atau topik tersebut belum habis dibincangkan, jangan mengutarakan topik baharu atau memintas perbincangan tersebut.

8. Jangan bercakap di depan orang yang sedang sakit tentang sesuatu yang mendukacitakan sebaliknya ucaplah sesuatu yang menggembirakannya.

9. Jangan memanggil orang yang lebih tua daripada kita dengan panggilan nama. Sebaik-baiknya panggillah dengan nama yang memuliakan mereka.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List