PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, October 13, 2012

Petua Mencerahkan dan Mencantikkan Kulit

Petua Untuk Mencerahkan
dan Mencantikkan Kulit

Pilihan 1: Ambil bahagian dalam nenas yang keras (palu) dan gosokkan pada kulit badan anda. Bilas tubuh sebersih-bersihnya. Amalkan setiap pagi dan petang. Kulit akan menjadi putih dan berseri.

Pilihan 2: Beras pulut diakui khasiatnya sejak turun-temurun. Orang tua-tua dahulu menggunakan pulut goreng yang ditumbuk halus, dicampur bedak sejuk dan dijadikan lulur. Ramuan ini digosok seminggu sekali pada seleruh badan. Ia berfungsi untuk menanggalkan daki dan sel-sel mati serta menghaluskan kulit.

Manakala serbuk beras pulut dan beras pulut hitam khusus untuk menanggalkan sel kulit mati, mengurangkan parut, di samping memerah dan memutihkan kulit wajah dan badan.

Cara-Caranya:
1. Rendam beras pulut hingga lembut, kemudian tumbuk sehingga lumat.
2. Sebelum mandi, lumurkan seluruh badan dengan beras yang ditumbuk.
3. Biarkan lumuran tersebut separuh kering dan sental kulit anda perlahan-lahan.
4. Bilas badan anda dengan air mandian. Amalkannya sekerap yang mungkin.
5. Untuk hasil yang terbaik amalkannya 2 kali seminggu. Kulit tubuh anda dijamin akan cerah dan berseri-seri.


Pilihan 3: Goreng beras tanpa minyak sehingga agak keperangan. Kemudian kisarkan ia sehingga halus. Campurkan beras yang dikisar dengan sedikit air sahaja. Kemudian gosokkan ia pada seluruh kulit badan. Beras ini tidak perlu dibiarkan mengering pada kulit. Cukuplah sekadar dijadikan scrub. Amalkannya 3 kali seminggu. Ia akan mencerahkan dan melembutkan kulit badan anda.

Pilihan 4: Kisarkan 1 cawan kelopak bunga mawar, 1 cawan kelopak bunga melur, 1/2 cawan oatmeal, 1 cawan susu putih, dan 1/2 cawan badam sehingga halus. Campurkan bahan yang telah dikisar ke dalam air mandian dan mandi seperti biasa. Seterusnya bersihkan tubuh anda dengan menggunakan air suam.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List