Saturday, October 13, 2012

Petua Mencegah Resdung


1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu di dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang. (Untuk hasil yang lebih baik, cuci sarung bantal, cadar dan selimut dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.)

3. Selalulah membersihkan karpet atau permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Jika anda ingin mengemas rumas, pakai penutup hidung.

5. Minum air suam atau mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), jangan makan makanan tersebut.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List