Pernahkah anda terfikir kenapa masih membujang? Kenapa anda masih
tidak naik pangkat? Kenapa anda tidak menjadi seseorang yang penting
sama ada di tempat anda belajar ataupun di tempat kerja? Mungkin kerana
penampilan anda. Jom kepada pengemar entry pages ini apa kata kita
sama-sama melihat penampilan diri kita adakah penampilan kita telah
kelihatan sempurna, macho, maskulin dan tampan bergaya.
1. Pilih pakaian yang fit - Benda utama yang akan
menampakkan lelaki ‘alert’ dengan fesyen ni ialah cara memilih baju.
Masalah utama kebanyakan lelaki ialah memakai baju yang lebih besar
daripada badan. Pastikan memilih pakaian yang fit iaitu pakaian yang
membuatkan badan anda rasa seolah dipeluk tapi bukan dijerut.
Berhati-hati ...
ketika memilih, fit bukan bermakna ketat.
cadangan membaca : seluar lelaki - makna pemakaian
2. Simple tapi smart - Apabila bercerita tentang
fesyen, bukan bermakna anda perlu berpakaian seperti seorang artis.
Pakai simple pun dah cukup. Amalkan mengayakan pakaian dengan tidak
menggunakan lebih daripada tiga warna. Nak nampak menyerlah sikit
pakailah blazer warna hitam atau putih yang fit. Pakai blazer tak
semestinya kena pakai dengan kasut kulit dengan seluar slack. Pakai
seluar jean pun boleh kena gayanya.
3. Santai bukan membosankan - Berpakaian santai
bukan bermaksud pakai seluar pendek dengan singlet koyak. Cuba banyakkan
membaca buku-buku fesyen atau melihat program-program yang bersifat
santai di televisyen.
4.Pemakaian pastikan sepadan - Sentiasa pastikan
anda berfesyen kena dengan gayanya. Duduk depan cermin fikir nampak
pelik tak apa yang anda pakai. Kalau anda sendiri dah rasa pelik, apatah
lagi orang kat luar sana. Sebagai contoh, anda pakai baju yang labuh
tapi pakai seluar yang ketat ala-ala legging. WTF?
5. Tidak shopping berseorangan - Jangan amalkan
keluar shopping berseorangan. Ajak member seorang pun jadilah. Tapi
member bukan sekadar member, cari member yang boleh bagi pendapat jujur.
Kata-kata member lagi boleh dipercayai berbanding penjual berkenaan.
6.Sentiasa peka - Jangan terlebih berfesyen kerana
pasti akan buat anda nampak cacat, tapi jangan takut untuk berfesyen.
Sentiasa fikir apakah event yang anda akan pergi. Kalau dah bercadang
nak pergi ke tempat yang panas, takkan nak pakai sweater yang tebal.
Jika anda pergi ke event yang dihadiri oleh bos anda, takkan anda nak
nampak lebih menyerlah berbanding bos anda. Silap-silap bulan depan
dapatlah surat berhenti kerja.
7. Jangan mengabaikan benda yang remeh-temeh -
Lelaki biasanya akan menganggap bende remeh temeh seperti cara pemakaian
scarf. Mesti akan kata, “Ah, bedal jelah….” Sebenarnya benda yang anda
rasakan temeh tulah yang mampu memberikan impak yang besar.
8.Belanja lebih untuk kasut - Apa salahnya jika
berbelanja lebih untuk sepasang kasut. Tetapi jangan beli saja
mahal-mahal, tapi tak tahu nak jaga.Tahukah anda kaum lelaki sekalian
bahawa mata perempuan ni biasanya akan melihat kasut yang dipakai
lelaki. Sama ada cantik atau tak cantik, bersih ke tak dan sesuai ke
tak. Macam mana nak kagumkan teman wanita kalau kasut kotor. Kasut
melambangkan identiti diri. Kotor kasut, pemalaslah anda.
9.Berhati-hati memilih t-shirt - Jangan amalkan
memakai t-shirt yang mempunyai logo yang besar kerana anda akan dilihat
seperti diupah oleh syarikat tertentu untuk menjadi papan iklan
bergerak.
10.Jangan terikut pada trend - Jangan biasakan
mengikut sangat trend masa kini kerana trend tidak akan kekal lama.
Kekal dengan citarasa yang anda suka. Kerana tak guna kalau membeli
pakaian mengikut trend semasa tetapi jarang pakai.
11.Jangan beli kerana brand - Sebelum anda beli
sesuatu pakaian, pastikan anda bertanya kepada diri sendiri sama ada
anda membeli kerana brand pakaian tersebut atau kerana nampak smart.
Biar beli pakaian yang murah tapi smart berbanding beli pakaian mahal
tapi buruk macam kain lap kat dapur.
12.Teruskan membentuk image tersendiri - Cuba bentuk
style anda yang tersendiri. Bukan bermakna anda menjadi the next lady
gagap tetapi jadi seseorang yang kalau disebut saja nama anda,
kawan-kawan akan mula berfikirkan tentang cara pemakaian anda.
13. Jangan malu untuk meminta pendapat -
Rajin-rajinkan diri untuk bertanya dengan orang terdekat sama ada apa
yang anda pakai itu nampak smart atau sebaliknya. Tapi mestilah
bertanyakan kepada orang yang boleh memberi pendapat dengan sejujurnya.
14.Pastikan muka bersih dan kemas - Perhatikan wajah
anda, terutama sekali pada janggut. Ada nampak terurus? Bulu hidung tu
ada terkeluar-keluar? Sideburn tu ada nampak macam Elvis Presley?
Pastikan muka nampak bersih dan kemas, buang segala bulu roma yang
dirasakan menyemak. Pemilihan pencukur juga amat penting.
15.Bereksperimen dengan gaya - Jangan takut untuk
memakai sesuatu yang baru - contoh jenis-jenis seluar dalam yang lain dari biasa. Jika selalunya anda pakai baju yang gelebeh,
cuba pakai baju yang fit untuk nampak lebih tegap. Jika selalu anda
sikat rambut ke hadapan, apa kata sikat rambut ke belakang untuk nampak
lebih bertenaga dan berani. Semuanya terletak pada keberanian anda dan
bukannya kepelikkan anda.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ShareThis
Lagi Info Menarik
Khasiat Buah Kundur Posted On Sun Jun 16 2013 ![]() #Buah kundur atau nama botaninya Benincasa hispida ( thunb.) Cogn. # Nama yang lain ialah Benincasa ce ... Awas Taugeh Putih BerseriPosted On Sun Dec 15 2013 ![]() Hati-Hati ! Jangan Beli Taugeh Yang Berwarna Putih ! Mesti ramai suka makan taugeh, kan? Nak pulak camp ... .. |
Awas Taugeh Putih Berseri Posted On Sun Dec 15 2013 ![]() Hati-Hati ! Jangan Beli Taugeh Yang Berwarna Putih ! Mesti ramai suka makan taugeh, kan? Nak pulak camp ... Kajian Tidur Malam AndaPosted On Fri Sep 20 2013 ![]() Tidur seharian - apa lagi yang kita tak tahu? Apa yang Terjadi Waktu Kita Tidur? Sebagai salah satu ru ... .. |
No comments:
Post a Comment