Petua Mengatasi Masalah Wanita
Tumbuh Janggut atau Misai
Masalah ini timbul kerana wanita itu kemungkinan besar mempunyai hormon
lelaki yang berlebihan pada tubuhnya. Soalannya, dari segi agama,
apakah mereka boleh mencukurnya?
Allah s.w.t. tidak membebani
seseorang di luar kemampuannya, melainkan sesuai dengan kemampuannya.
Rasulullah s.a.w. tidak melarang wanita mencukur janggut dan misai
kerana ia menyerupai lelaki. Mencukur janggut atau misai bagi seorang
wanita bukan merupakan tindakan merubah ciptaan Allah, kerana dasar
penciptaan wanita adalah tanpa janggut atau misai.
Semua yang
terjadi pada tubuh badan kita sememangnya berkait rapat dengan hormon.
Ada banyak jenis hormon dalam badan, dan kuantitinya berbeza antara satu
individu dengan yang lain. Setiapa individu mempunyai kuantiti hormon
yang berbeza. Oleh itu keadaan badan, fungsi tubuh dan metabolisme pun
berbeza. Bagi orang perempuan yang ada sedikit kumis, sebenarnya mereka
mempunyai aras hormon androgen (hormon lelaki) yang lebih banyak dalam
badan. Bagaimana ia boleh menjadi banyak? Ada banyak faktor, contohnya
semulajadi, genetik, pemakanan dan penuaan. Andainya seorang wanita
mempunyai misai nipis, itu perkara biasa.
Ada beberapa cara untuk membuangnya:
1. Laser hair removal untuk yang bermisai gelap
2. Wax and Cream. Ini mungkin akan menyebabkan sedikit iritasi.
3. Tweezing untuk yang wanita yang tidak banyak sangat misai.
4. Jangan cukur. Ia boleh membuatkan misai bertumbuh lebih banyak.
5. Guna “Hair Growth Inhibitor Lotion”. Tanya farmasi atau doktor.
No comments:
Post a Comment