Saturday, October 13, 2012

Petua Menghilangkan Daki Badan


 Pilihan 1: Rendam segenggam beras selama 1 jam. Toskan. Tumbuk beras ini dengan sedikit kunyit hidup sehingga lumat. Basahkan badan dengan air. Kemudian gosokkan beras tumbuk pada badan terutama bahagian leher dan kaki. Kemudian, bilas dengan air suam. Jika diamalkan, kulit akan menjadi cerah.

Pilihan 2: Goreng sedikit beras dengan beras pulut tanpa minyak sehingga kekuningan. Kemudian, tumbuk dengan kunyit hidup sehingga hancur. Campurkan sedikit air limau nipis, sebiji telur, sedikit air dan kacau rata. Sapukan pada badan dan gosok hingga keluar daki.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List