PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, October 13, 2012

Petua Menghalau Tikus


Pilihan 1: Ambil beberapa helai daun durian belanda dan letakkan di tempat-tempat yang sering menjadi laluan binatang tersebut. Letakkan juga di dalam almari makanan.

Pilihan 2: Letakkan beberapa biji buah kepompong muda atau masak di tempat yang selalu didiami oleh tikus.

Pilihan 3: Letakkan perangkap tikus (perangkap jaring atau gam tikus) di laluan yang sering dilalui oleh tikus.

Pilihan 4: Taburkan kawasan yang disyaki tempat laluan tikus dengan lada hitam atau black pepper. Tikus akan lari.

Pilihan 5: Tanam pokok durian belanda dan Guna daun durian belanda.Caranya letakkan beberapa helai daun di tempat yang selalu terdapat tikus.Gantikan daun itu selepas 2 atau 3 hari sekali. Tikus tidak akan datang lagi.

Pilihan 6: Bela kucing (bukan kucing makan friskies)

Pilihan 7: Bela burung hantu (jika anda tinggal berhampiran sawah padi)

Pilihan 8:Taburkan serbuk lada Hitam di tempat ada tikus atau laluan tikus.

Pilihan 9: Buah jering dan Tangkai jering. (Letak di lokasi tikus selalu berkumpul)

Pilihan 10: Perangkap seekor tikus hidup-hidup, gunakan perangkap berumpankan ikan masin. Jika berjaya dapat, kurung ia 2-3 hari dalam stor atau bilik air atau tempat tertutup. Beri minum sahaja. Kemudian, pada hari keempat bawa ia keluar dan beritahu kepadanya dengan suara yang kuat : "Jangan datang rumah aku lagi, kalau tidak.. aku kurung kau lagi. Ia tidak akan datang lagi bersama cucu dan bapa mertuanya serta besan dan ipar duainya.


NOTA:
a. Kaedah halau tikus sebenarnya mudah, iaitu bela kucing. Pesawah padi biasanya sengaja tidak membunuh ular sawa di sawah padi walaupun mereka tahu ular memberi bahaya, tetapi ular sawah padi juga memberi manfaat. Jangka hayat tikus ialah selama 2-3 tahun.

b. Tikus rumah ialah haiwan yang tidak tahu berenang tetapi boleh terbang (melompat) dari satu tempat ke tempat lain. Tikus mampu melahirkan anak sehingga lapan ekor dan mengawan 4 kali setahun. Ini bermakna ia mampu mempunyai anak sekitar 30 ekor dalam setahun.

c. Apabila terdapat tikus di rumah anda, jangan lupa simpan makanan, pinggan, mangkuk, belanga, kuali dan apa sahaja peralatan memasak dan peralatan makanan di dalam rak yang tertutup. Ini kerana kencing dan najisnya mampu memberi mudarat kepada kita.

1 comment:

  1. Senang beli je produk-produk mcm racun tikus. Banyak dpt di pasaraya - pasaraya berdekatan anda

    http://www.tenringgitshop.com/2012/08/produk-menghalau-mencegah-tikus-dari.html

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List