Semua orang tahu, air suam memang banyak khasiatnya, air panas juga..tapi yang kosong ok, ada orang panggil air mati, air masak, macam-macam lagi, tapi nak share sesuatu hari ini air suam sangat bagus dan....semua nak cantikkan..? nak sihatkan...? tapi susah sangat ke nak minum air suam..? memangla takde rasa, tapi kira ok la bukan tahap tak sedap lagi..ok jom tengok ni kenapa kita mesti minum air suam
1. Menguruskan badan
Khabar gembira buat para wanita yang tengah berdiet. Air suam tidak mengandungi kalori, gula ataupun lemak dan ini ternyata mampu mengurangkan berat badan kita.
2. Meningkatkan kesuburan
Air suam dapat menghasilkan hormon testosteron pada kaum lelaki serta hormon estrogen pada kaum perempuan.
3. Melancarkan sistem pencernaan
Minum air suam dalam kuantiti lapan gelas setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Ia dapat menghindarkan dari mendapat sembelit malah pembakaran kalori juga akan berjalan dengan efisien.
4. Melambatkan proses pertumbuhan zat yang menyebabkan kanser
Air suam bukan saja melambatkan pertumbuhan zat penyebab kanser malah ia juga dapat membantu mencegah penyakit hati dan ginjal.
5. Perawatan kecantikan
Kekurangan pengambilan air suam menyebabkan tubuh menghadapi kesulitan untuk menyerap air, sekaligus mengakibatkan kulit kering dan berkedut.
6. Tubuh lebih segar dan sihat
Khasiat air suam bukan sekadar untuk membersihkan tubuh saja tapi juga sebagai zat yang sangat diperlukan tubuh. Kita mungkin dapat bertahan bila tidak makan beberapa hari namun tidak mungkin dapat bertahan jika tidak minum air. Ini kerana air merupakan bahagian terbesar dalam komposisi tubuh manusia.
7. Menyihatkan jantung
Air suam juga diyakini dapat menyembuhkan penyakit jantung. Bahkan pada saat ini juga sudah banyak perubatan altenatif yang memanfaatkan penggunaan air suam.
8. Ubat kepada penyakit strok
Air suam tidak hanya digunakan untuk mengubati berbagai penyakit kulit, namun sangat efektif untuk mengubati penyakit lumpuh. Ini kerana air dapat membantu memperkuatkan kembali otot-otot dan ligamen serta melancarkan sistem peredaran darah dan sistem pernafasan.
aha...itu kalau kita rajin minum, kalau kita kurang rajin a.k.a MALAS..? ini akibatnya tau..
Kekurangan air boleh menyebabkan toksik atau bahan buangan di dalam tubuh badan akan terkumpul. Jika hal ini berterusan akan menyebabkan penyakit batu karang.
cadangan santai membaca : Bahaya air dalam kereta kepada wanita
Kekurangan air juga boleh membantutkan kecerdasan otak dan menjejaskan tumpuan anda. Perbanyakkanlah minum air kosong kerana air kosong dapat membantu mencantikkan kulit, rambut dan kuku dengan memberikan kelembapan yang secukupnya serta mengelakkan dari kekeringan.
Elakkan dari meminum air berais selepas makan kerana ais akan membekukan makanan berminyak yang dimakan oleh anda.
aha...dengar tu ye kengkawan, ini ada fakta best lagi..dengar citer ni..
Masyarakat Cina dan Jepun minum tea panas ketika bersarapan, bukannya air sejuk, mungkin inilah masanya kita perlu mengubah tabiat minum semasa makan. Kepada sesiapa yang gemar minum air sejuk, fakta ini sangat bermakna buat anda. Memanglah sesuatu yang nikmat untuk minum segelas air sejuk selepas makan. Walaubagaimanapun, air sejuk akan melikatkan minyak yang kita makan bersama hidangan. Sudah tentu ia melambatkan lagi proses pencernaan. Sekali gumpalan minyak ini bertindakbalas dengan asid di dalam perut, ia akan memecah dan diserap oleh enzim intestine lebih cepat berbanding makanan pejal. Ia akan selari dengan enzim intestine. Dalam masa terdekat, ia berpotensi bertukar menjadi lemak dan mendorong kepada kanser. Adalah penting untuk minum sup panas atau air suam selepas makan.
Eh nak tanya sikit la. Air suam kat kedai makan berapa harga. Dulu kena cas RM 0.20. Dengar dah naik, Betul ke sekarang ni 50 posen dah
ReplyDeleteapa bezanye air masak yang telah sejuk....diminum sebnyak 2 liter sehari (8 gelas)...ada tak efeknye kalau utk menurunkan berat badan..
ReplyDeleteMinum air sejuk, lemak yg anda makan akan jadi tepu dan kental, ianya akan menyebabkan pengumpulan lemak di kawasan usus. Cadangan - kurangkan minum air sejuk, tak bagus
ReplyDelete