Thursday, August 29, 2013

Merawat Kutu Air Di Kaki

Tips Cara mengubati Kutu Air
kutu air merupakan kulapuk / cendawan yang menimbulkan rasa gatal menyerang kaki. Rasa gatal dan tak selesa ini mungkin akan bertambah jika anda terlibat dengan aktiviti berpeluh atau menggunakan stokin. Semoga artikel ini bisa bermanfaat.


Kutu air disebabkan oleh kulapuk tricophyton yang berkembang di dalam air. Kenapa ia boleh menyerang kita? biasanya melibatkan pola aktiviti kita seharian dan kurang menitikberatkan kebersihan, atau kasut basah disebabkan hujan dan kita mengunakannya tanpa mengeringkan ia terlebih dahulu. Hal-hal ini lah puncanya dan berisiko tinggi menyebabkan kita terkena kutu air. Namun kekadang juga kutu air boleh berlaku disebabkan kita mencuci kaki atau tangan pada air yang tidak bersih.

Kutu air biasanya akan menyerang di celah-celah jari kaki atau tangan. Tanda yang ditimbulkan dari kutu air biasanya adalah kaki akan menjadi merah, kulit mengelupas dan terasa gatal. Namun jika anda menderita kutu air, tidak hanya rasa sakit, pedih dan gatal, ianya akan menyebabkan kulit menjadi rosak dan melepuh dan mengelupas bergantung kepada alahan individu.

Untuk mengobati kutu air kadang sangat sukar, terutama bagi anda yang memang kerjanya memang bergelumang dengan air. Jika demikian, yang harus dilakukan adalah anda harus pandai merawat dan menjaga kebersihan kaki dan tangan anda. Mungkin anda boleh mencuba tip ini
 
Cara Mengubati Kutu Air

1. Ubi Kayu

Cara pertama untuk mengobati kutu air adalah menggunakan ubi kayu. Caranya, kupaslah kulitnya dan kemudian cuci hingga bersih. Seterusnya perut ubi kayu (singkong) lalu tempelkan ke kulit yang terkena kutu air. Tepek sehingga ianya kering. Lakukan cara ini sekali dalam masa beberapa hari.

2. Daun Keladi

Daun keladi juga boleh digunakan untuk mengubati kutu air. Ambillah kulit batangnya, kemudian jadikan pembalut pada kaki yang terkena kutu air.

3. Bawang Putih

Selain dapat mengubati sakit gigi, bawang putih juga digunakan untuk mengubati kutu air. Dengan kandungan antibiotiknya, bawang putih dipercayai dapat mengubati kutu air. Caranya, hirislah bawang putih kemudian gosokkan kebagian yang terkena kutu air beberapa kali sehari. Atau boleh juga menumbuk bawang putih hingga lumat kemudian lumur atau sapukan ke bahagian yang terkena kutu air. Lakukan langkah ini selama beberapa hari sampai sembuh.

4. Daun Sirih

Daun sirih dapat digunakan untuk mengusir nyamuk, Namun boleh juga digunakan untuk mengubati kutu air. Ambil beberapa helai, agak-agak 10 lembar daun sirih. Lumatkan menggunakan tangan atau dihiris mengguna pisau. Rebus ke dalam air mendidih kemudian tambahkan sesudu garam. Tunggu sampai air berbau sirih / tanda zat pada daun sirih mulai keluar. Angkat dan masukkan air rebusan ke dalam bekas.

Kemudian tambahkan air biasa / sejuk supaya boleh kaki anda masukkan (suam), campur agar kaki tidak melecur dengan air mendidih tu. Rendamlah kaki anda dengan air daun sirih tersebut. Rendam selama 10-15 minit. Lakukan cara ini selama 3 hari berturut-turut atau rasa anda kutu air tadi sembuh. Sebaiknya dilakukan sebelum tidur kerana selain dapat mengobati kutu air, air rendaman ini juga boleh merawat penyakit sukar tidur dan membuatkan anda tidur lebih nyenyak.

5. Garam
Garam biasa digunakan untuk mengusir ular dan mengatasi serangan pacat, namun boleh juga dimanfaatkan untuk mengubati kutu air. khasiat garam juga digunakan dalam perubatan Islam. Mengubati kutu air dengan garam cukup mudah. Campur air hangat dengan garam. Kemudian rendamlah kaki anda yang terkena kutu air selama kurang lebih 15-20 minit ke dalam air campuran ini.

Campuran air suam dan garam dapat membunuh kuman dan bakteria sehingga dapat mengubati kutu air. Lakukan cara ini selama tiga hari berturut-turut. Ianya juga adalah terapi, lakukan cara ini sekali seminggu. Selain dapat membunuh kuman juga dapat membuat otot-otot kaki releks dan menghilangkan sengal pada kaki.

6. Baking Soda

Selain untuk membuat kek, baking soda juga dapat digunakan untuk mengubati kutu air. Campurkan baking soda ke dalam air hangat, lalu rendamlah kaki anda selama 15-20 minit. Kemudian cuci bersih kaki anda. Lakukan cara ini selama beberapa hari atau sehingga dirasa kaki anda sembuh dari kutu air.

7. Minyak Kelapa

Selain dapat membasmi kutu rambut, minyak kelapa dapat juga mengubati kutu air. Minyak kelapa memiliki intipati yang bersifat anti jamur, sehingga sangat efektif untuk mengobati kutu air. Cukup sapukan ke kawasan kulit yang terkena kutu air beberapa kali sehari. Lakukan cara ini selama beberapa hari sehingga kutu airnya sembuh.

kalau dah berhari-hari rawatan ini dibuat dan masih tidak juga kebah / sembuh, maka dicadangkan anda berjumpa dengan doktor. tips petua ini hanya untuk rawatan awal je.

2 comments:

  1. Rasanya kalau guna petua ni boleh rawat kayap pada badan tak?

    ReplyDelete
  2. ternyata banyak juga ya manfaat baking soda ...
    selain untuk bahan pembuat kue dan untuk mencuci kaos kaki muslimah, baking soda juga bisa untuk pengobatan kutu air

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List