PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tuesday, December 4, 2012

Tip Menyimpan Rempah Ratus

Terdapat bermacam-macam rempah, ada yang masih dalam bentuk asal, ada yang dikisar dan ada dalam bentuk pes. Tapi mungkin tip infosantai2 ini dapat membantu mengekalkan aromah rempah ratus anda agar sentiasa segar sehingga ke kuali.
 


1. Untuk rempah giling lebih baik disimpan di dalam peti sejuk berbanding disimpan dalam suhu bilik.

2. Serai, daun limau dan daun kari hendaklah dibungkus dengan kertas minyak dan disimpan di dalam peti sejuk.ia boleh tahan sekurang-kurangnya dua minggu.

3. Cili kering diremdam dengan air panas, ditapis dan dikisar kemudian ditumis lalu biar renehkan selama 30 minit. kemudian masukkan sedikit garam dan air limau nipis. selepas itu, dibiarkan sejuk dam disimpan di dalam peti sejuk. ia boleh bertahan selama 3 hingga 6 bulan.

4. Halia, kunyit dan lengkuas yang dibungkus dengan kertas minyak dan disimpan di dalam bekas bersih yang tertutup, boleh tahan sekurang-kurangnya 3 minggu.

5. Ingat serbuk rempah akan bertukar kesegaran warna dan aroma setelah disimpan lebih daripada 5 hingga 6 bulan.

1 comment:

  1. Boleh juga kita simpan dalam bekas yag kedap udara dan comel.....
    Semut pun tak boleh nak masuk...
    http://muslimchoices.com/?p=pop_up_spice_rack&s

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List