PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Monday, December 3, 2012

Petua Hilangkan Hanyir Ikan Air Tawar

Ikan air tawar kadang-kala kurang digemari kerana bau hanyir. Tetapi kita perlu mencuba keenakan ikan ini kerana sumber ikan ini contohnya seperti ikan keli sekarang ini makin banyak dijual. Ikan haruan dikatakan mempunyai kebolehan mepmercepat dan memulihkan kesan jahitan pembedahan.


Rugi kalau tidak mencubanya, Petua hari ini menunjukkan cara-cara menghilangkan hanyir ikan air tawar ini.


1. Setelah ikan disiang dan dicuci bersih, lumurkan dengantepung gandum atau tepung beras. Gaulkan rata dan biarkan beberapa minit. Bilas dengan air bersih.

2. Siangkan ikan, kemudian gaulkan dengan segenggam daun senduduk atau daun serai beberapa minit. Akhir sekali, cuci dengan air bersih.

3. Ambil beberapa helai daun kaduk dan daun kesom dan dimasak bersama-sama ikan air tawar. Bau hanyir ikan itu akan hilang dengan sendirinya.

4. Ramas daun pisang kelat bersama ikan serta sedikit garam dan air. Kemudian basuh dengan menggunakan air bersih.

5. Ramas beberapa genggam daun jambu batu dalam sebesen air. Kemudian rendam ikan air tawar itu dalam air bercampur ramasan daun tadi.

1 comment:

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List