Monday, December 3, 2012

Petua Atasi Nasi Lembik

Nasi memang dah menjadi masakan ruji negara ini. Bergantung kepada selera ada yang menyukai nasi ini lembik ataupun sebaliknya bergantung kepada sukatan airnya.


Tapi macam mana pula kalau terlembik. Takkan nak dibuang


Mungkin petua ini agak kelakar, tapi apa salahnya kalau dicuba.

1. Letakkan beberapa helai surat khabar di atas periuk nasi. Kemudian tutup pula dengan tudung periuk. Kecilkan api dan tunggu hingga airnya beransur kering.

2. Hiriskan sebiji kentang yang telah dibuang kulitnya. Masukkan ke dalam nasi yang lembik tadi. Biarkan selama lima minit kemudian angkat.

3. Masukkan roti bantal ke dalam nasi lembik itu. Jumlahnya bergantung pada kelembikan nasi tersebut.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List