Paling mudah adalah dengan membuat sendiri perangkap tersebut. Mungkin ianya akan meminimumkan kos yang terpaksa ditanggung dan hasilnya akan banyak tikus yang terperangkap dan dimusnahkan.
Amat mudah cara ini.
Bahan
1. Kayu untuk titi tikus
2. Dawai
3. Tin aluminium minuman ringan (air gas)
4. Bekas atau baldi
Cara Membuat :
Lihat gambar di atas, amacam mudah tak. Dawai diikat pada tangkai.
Untuk umpan, memadai di lumur pada tin, makanan-makanan yang melekat dan berbau untuk menarik perhatian tikus. Cadangan gunakanlah jem, sapuan kacang (roti) ataupun kaya.
Pastikan juga baldi di letakkan sedikit air, jangan penuh sebab mungkin tikus boleh berenang keluar. Cukup untuk membuatnya basah dan sukar untuk ia mendaki keluar.
Mekanismanya tikus akan tergelincir kerana tin minuman akan berputar.
Letakkanlah ia ditempat yang sesuai atau anda rasakan tanaman anda sering diserang. Baldi akan boleh diguna untuk tujuan lain dan tak membazir. Nak membunuh tikus tersebut, serahkan pada kucing, atau tenggelamkannya dalam sungai / air (guna sangkar campak ke sungai, ikat tali untuk ambil sangkat tadi). Memang kejam tapi perlu.
cadangan membaca : Petua menghalau tikus
No comments:
Post a Comment