PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork
Showing posts with label Berita. Show all posts
Showing posts with label Berita. Show all posts

Thursday, December 26, 2013

Terbaik Tol Naik 2014 - Harga terbaru bayar tol

Berita terbaik akhir tahun ini, 15 lebuhraya di seluruh negara akan menaikkan Kadar Tol antara 50 sen hingga RM2 bermula 1 Januari 2014.

Senarainya 15 lebuhraya yang terlibat

1. Lebuh Raya Sungai Besi Besraya dari RM 1.30 naik ke RM 3.00. kenaikan RM 1.70 

2. Lebuh Raya NPE dari RM 1.60 naik ke RM 2.50. kenaikan RM 0.90 


3. Lebuh Raya Damansara Puchong (LDP) dari RM 1.60 naik ke RM 2.60. kenaikan RM 1.00 

4. Lebuh Raya Akleh dari RM 1.50 naik ke RM 2.50. kenaikan RM 1.00 

5. Lebuh Raya Kajang SILK dari RM 1.00 naik ke RM 1.80. kenaikan RM 0.80 

Tuesday, October 1, 2013

Meninggal, Keracunan Kenduri Kahwin, Yan Kedah

InfoSantai mengucapkan takziah dan amat
bersimpati kepada keluarga mangsa..
Al-Fatihah
31 September - Menjadi sejarah, kes tak disangka-sangka, menghadiri jemputan majlis kenduri kahwin menjadi tragedi, 3 Meninggal dan 170 yang lain mendapat rawatan - disini Tanjung Dawai, Yan Kedah.

Selain tiga kematian dilaporkan pada Isnin 1 Oktober, menurut laporan terbaru, lebih 170 orang yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai sedang dirawat di tiga hospital berdekatan

Wednesday, August 21, 2013

Tergempar: Ramai Maut, Bas Jatuh Gaung Genting

21 ogos 2013

Tragedi yang sangat menyayat hati dan mengejutkan, sebuah bas yang turun dari Genting Highland ke KL terhumban, terjun, jatuh dari jalan ke dalam Gaung petang tadi. Maklumat awal tadi, Bas persiaran itu sarat dengan penumpang dan ramai dikatakan maut dan tidak kurang juga yang dalam keadaan kritikal.

bas terhumban, ramai meninggal
Maaf, hanya gamber kren sahaja,

Saturday, August 17, 2013

Terdedah! Proton Terbaru 2013 Suprima

Proton melalui media television memberikan nafas baru kepada dunia automotif. Modelnya kereta proton dinamakan SUPRIMA. Sepatutunya pelancaran pada hari ini 17 Ogos 2013. Tah le macamana ye infosantai2 dapat, hehe dari sumber yang dipercayai lah. Jadi Info yang ada masih tak rasmi lagi. Kita tunggu perasmiannya malam ini.
Kereta Baru 2013
Inilah Dia, Gambar Proton SUPRIMA

Friday, August 16, 2013

Malang! Kes Wanita Ditampar Suami Dalam Lif

Kini tersiar di laporan akhbar dan televisyen (TV) kes wanita bersama dua anaknya ditampar dalam lif oleh suaminya. Suaminya dikatakan berang dan marah kerana anaknya tidak mahu mengikutnya atau bersamanya ke rumah isterinya yang lain dan bertindak memukul dan menampar isterinya. Asalnya ianya hanya rakaman CCTV dalam Lift di Pulau Pinang (Penang) dan dimuat naik dalam YouTube (Utube)

Suami berang dan tampar isteri dalam lif

Monday, August 12, 2013

Gempar: Kerani sekolah Mati di Bom

Apalah nak jadi dgn malaysia ni. Banyak kes bunuh sejak dua menjak ni. Lepas tembak, Main pakai/guna bom pula. Terus maut kena bom tu.
ikhsan KosmoOnline

Terbaru kes bom oleh kerani sekolah di Tumpat, Kelantan. Mayatnya terburai di perut dan putus dua Tangannya. Laporan berita cakap tangan sahaja parah. Dalam berita mayatnya ditutup dgn payung, kain batik dan surat khabar, ni mesti mayatnya tak sempurna.

Monday, August 5, 2013

Amaran, Produk Dumex yg ditarik balik

Ekoran tv3 memberitahu ada 4 susu dumex yang dikhuatiri mengganggu kesihatan pengguna jika menggunakannya. 

Keempat-empat produk yang ditarik balik dari pasaran adalah:



Dumex Dupro Step 2 


Saturday, August 3, 2013

Alamak, Seluar Ketat Jadi Tak Subur

Biar Betul!!! Tidak kiralah sama ada seluar pendek ketat, skinny jeans mahupun spandex, ianya ada kena-mengena dengan kesihatan lelaki. Elak mengambil risiko yang boleh menjejaskan kesihatan anda semata-mata mahu bergaya. Melainkan anda seorang fashionable tegar yang menolak tepi akan kepentingan kesuburan untuk masa depan.



Menurut pakar perubatan dan kesihatan dari United Kingdom, Dr. Hilary Jones, beliau ada menerangkan bahawa pemakaian seluar ketat boleh menyebabkan testikel terbelit, pundi kencing menjadi lemah dan jangkitan pada saluran air kencing. Selain itu, jumlah sperma akan berkurangan dan memudahkan jangkitan kulat gara-gara seluar berfesyen ini.

Saturday, June 1, 2013

Padah kalau Terlalu Obses Gajet

Seiring bidang komunikasi dan hiburan. Perkembangan yang berlaku pesat pada masa kini telah memberi impak kepada semua lapisan masyrakat hingga kita dengan mudahnya dapat mengakses, mencari, memberi, bahkan dapat memanipulasi data secara online.



Saturday, December 15, 2012

Bebenang Labah-Labah Tertua




Tidak lama dahulu, pada tahun 2009, sarang labah-labah halus dibuat kira-kira 140 juta tahun lalu ditemui dikekalkan dalam batu ambar. Jaring labah-labah itu ditemui di Sussex, England, telah dipelihara apabila cecair damar menggenanginya sebelum mengeras dan membeku. Dalam batu yang sama juga ditemui serangga dan mikrob purba.


"Ia adalah satu web labah-labah yang tertua pernah ditemui dalam ...

Sunday, November 4, 2012

Rebat RM200 telefon pintar - Januari 2013

KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur 21 hingga 30 tahun, mulai 1 Januari depan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais Yatim yakin program itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) yang sangat baik. “Kementerian itu bagaimanapun sedang meneliti makna sebenar istilah ‘smartphone’ yang digunakan dan kadar harga yang melayakkan pembeli menerima rebat tunai. Spesifikasi Samsung Galaxy S3

Sunday, October 28, 2012

Perhatian! Pemandu! AES…rakam visual.

SEBILANGAN pemandu di negara ini dikatakan masih gagal menjaga disiplin ketika memandu di jalan raya yang menjurus kepada kemalangan sehingga membawa maut kepada kepada orang lain.
Kenapa ia berlaku? Rata-rata mengatakan kempen keselamatan yang dijalankan tidak berkesan kerana berapa ramai yang ambil peduli mengenainya dan masih dengan sikap lama, iaitu pentingkan diri sendiri atau cuai ketika memandu? Pasti pengguna masih mengingati iklan ‘Pandu, Tunggang dan Jalan Dengan Selamat – Anda Mampu Mengubahnya, Patuhi Had Laju, Kelajuan Membunuh, Ingatlah Orang Tersayang dan Pandu Cermat’.


Itu adalah sebahagian kecil iklan kempen keselamatan jalan raya yang akan ditemui di mana saja sepanjang perjalanan terutama pada musim perayaan ini bertujuan mengingatkan pengguna mengenai hak mereka untuk ‘memilih’ sama ada sampai ke destinasi dengan selamat atau sebaliknya.

Apatah lagi, ketika musim perayaan seperti sambutan Tahun Baru Cina baru-baru ini, dengan jutaan kenderaan berlegar di seluruh negara masih mengundang kematian, malah ia meningkat disebabkan pelbagai faktor termasuk sikap pemandu dan pertambahan kenderaan di atas jalan raya.

Kecuaian manusia yang memandu laju dengan melebihi had dibenarkan menjadi penyumbang utama kemalangan di negara ini.

Kelajuan adalah pembunuh utama apabila sesuatu kenderaan itu bergerak terlalu laju berbanding keadaan jalan, cahaya, cuaca dan lalu lintas.

Malah, terdapat banyak rungutan di kalangan pemandu yang menghantar komen di ruang siber melalui Twitter yang memaklumkan segelintir pemandu menyalahgunakan laluan kecemasan untuk memotong ketika kesesakan.

Kajian menunjukkan kemungkinan kematian atau kecederaan parah bertambah dua kali ganda untuk setiap tambahan kelajuan 16 kilometer sejam (km/j) selepas kelajuan 80 km/j.

Selain itu, status sesuatu jalan turut mempengaruhi kadar kemalangan, yang mana lebih tinggi hierarki jalan itu, semakin kurang kadar kemalangan.

Contohnya, lebuh raya adalah jalan paling moden dan tinggi hierarkinya dan kadar kemalangannya lebih rendah. Jalan kampung yang berada pada hierarki paling rendah dalam piramid jalan pula paling tinggi kadar nahas.
Dalam pada itu, faktor kecuaian kerap menjadi punca kemalangan jalan raya walaupun di lebuh raya. Sedangkan di lebuh raya yang lurus dan berkeadaan baik, manusia terdorong untuk memandu laju, inikan pula di jalan biasa di mana mereka sepatutnya lebih berhati-hati.

Oleh itu, pengenalan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negara ini dijangka berupaya membantu mengurangkan kadar kemalangan maut di jalan raya yang semakin membimbangkan.
AES ialah satu sistem terbaru yang boleh merakam pengguna jalan raya yang melakukan kesalahan seperti memandu melebihi had laju dan tidak mematuhi lampu isyarat di persimpangan. Ini kerana kamera akan diletakkan di kawasan berisiko kemalangan dan di persimpangan lampu isyarat.
Menerusi sistem itu, tindakan pesalah trafik akan dirakam secara elektronik dan saman akan dihantar ke alamat berdasarkan nombor pendaftaran kenderaan yang terbabit.

Kemungkinan besar, penggunaan sistem ini boleh menyelamatkan nyawa kerana menurut perangkaan Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), pada tahun 2009 saja, 6,745 kematian dicatatkan akibat kemalangan jalan raya di negara ini yang juga bermakna satu kematian dalam setiap 80 minit.

Ia mula diuar-uarkan Kementerian Pengangkutan pada 2009 yang mengumumkan penggunaan AES sebagai satu kaedah baru untuk mengurangkan jumlah kemalangan jalan raya dan ia akan dimulakan sebaik saja Akta Pengangkutan Jalan diluluskan di Parlimen.

Dari aspek sistem dan penguatkuasaan, AES mempu mengurangkan jumlah penguat kuasa seperti daripada pihak Polis dan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) yang bertugas di jalanan, sekali gus menjimatkan kos untuk penguatkuasaan undang-undang jalan raya.

Salah satu syarikat yang membekalkan teknologi terbabit ialah Redflex Traffic System yang berpangkalan di Victoria, Australia.

Teknologi AES yang dibekalkan Redflex Traffic System sudah terbukti berkesan kerana ia sudah memenangi anugerah di Australia dan kami juga kini membekalkan lebih 200 kamera di kawasan Victoria, Australia.

Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Kong Cho Ha, pula berpendapat AES memerlukan tempoh untuk dilaksanakan namun ia sudah diguna dengan meluas di negara maju seperti Australia, United Kingdom dan Amerika Syarikat sebagai sistem keselamatan dengan kamera dipasang di kawasan yang sering berlaku kemalangan.

Ia bertujuan mengesan pemanduan laju dan di persimpangan lampu isyarat bagi mengesan mereka yang melanggar lampu merah.

Dalam pada itu, Ketua Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Datuk Solah Mat Hassan berkata, AES bertujuan meningkatkan ketelusan dalam sistem penguatkuasaan lalu lintas selain mendidik pengguna jalan raya supaya sentiasa mematuhi undang-undang..

Ia mengikut Seksyen 53A yang membenarkan rakaman kesalahan melalui AES boleh digunakan sebagai notis mahkamah sama seperti JPJ22 dan Pol257 manakala notis yang dikeluarkan teknologi terbabit sah digunakan sebagai saman.

Seksyen 117 pula menyediakan peruntukan yang membolehkan imej direkodkan bagi kesalahan dirakam melalui kamera diterima sebagai keterangan ‘prima facie’ ketika perbicaraan di mahkamah.
Pelaksanaan AES dikenal pasti di 831 lokasi berisiko kemalangan yang beroperasi 24 jam sehari tanpa pengawasan manusia dan gangguan cuaca.

Ketika ini, pemasangan sistem AES hanya mengesan mereka yang melakukan dua kesalahan serius iaitu melanggar lampu isyarat dan memandu melebihi had laju.

Pada masa depan, AES bakal digunakan untuk mengesan pelbagai kesalahan lain termasuk memotong di garisan berkembar, memotong dari lorong kiri, muatan berlebihan, memotong barisan, menyekat kenderaan berat dari memasuki kawasan bandar dan penguatkuasaan laluan bas.

Dianggarkan, surat saman yang dihantar daripada AES akan dikeluarkan dalam tempoh kurang seminggu kepada pesalah trafik.

Di sebalik kekuatan teknologi AES untuk mendidik masyarakat, ia juga berupaya menutup ruang rasuah kerana semua rakaman video dan gambar serta saman dikeluarkan menerusi sistem komputer, sekali gus dapat memelihara integriti penguat kuasa.

Kajian Jabatan Keselamatan Jalan Raya menunjukkan punca utama nahas jalan raya kerap berlaku disebabkan melanggar had kelajuan dan hampir 60 peratus kemalangan berkaitan dengan kelajuan.
AES berfungsi dengan pemasangan kamera berkapasiti tinggi yang dihubungkan dengan pengesan dinamakan ‘Piezo’ ditempatkan di atas jalan bagi mengesan kerangka kenderaan yang melepasinya sebelum menghantar isyarat ke kamera.

Kamera kemudiannya akan merakam dan mengimbas nombot plat kenderaan ditanam cip di dalamnya bagi mengesan pemandu yang melanggar kesalahan lalu lintas seperti tidak mengendahkan lampu isyarat berwarna merah.

Peranti kamera mempunyai resolusi setinggi 14 hingga 16 megapiksel dilengkapi tiga lensa iaitu dua untuk rakaman visual pegun manakala satu lagi digunakan bagi merakam video kenderaan.

Imej yang dirakam akan terus dienkripsi sebelum dihantar melalui online ke unit kawalan trafik manakala Piezo yang ditanam di atas jalan turut berupaya merakam kelajuan kenderaan ketika melepasi lampu isyarat.

Data yang dihantar akan dikaji sebelum saman dikeluarkan berdasarkan imej dirakam dan diserahkan kepada pemandu melalui pos.

Baru-baru ini, Ketua Pengarah Jabatan Keselamatan Jalan Raya (JKJR) Datuk Suret Singh, berkata perancangan giat dibuat untuk pelaksanaan AES di jalan raya berisiko tinggi di seluruh negara yang bakal siap tidak lama lagi.

“Sistem pemantauan boleh dioptimumkan sehingga 95 peratus melalui penggunaan AES yang berfungsi merakamkan pesalah trafik menerusi kamera online,” katanya.

Beliau memaklumkan, ia lebih baik berbanding sebelum ini yang mana sistem manual hanya mengesan 20 hingga 25 peratus pesalah trafik pada hari biasa dan 50 peratus ketika musim perayaan.

Bagaimanapun, Presiden Persatuan Pengguna Subang dan Shah Alam Selangor (Cassa) Dr Jacob George dalam blognya, berkata kajian perlu dilakukan apabila kos menukar plat kenderaan yang dilengkapi cip menelan belanja kira-kira RM150.

Beliau memaklumkan beberapa perubahan akta undang-undang mengundang persoalan sama ada ia boleh dilaksanakan atau tidak termasuk Seksyen 2 (b) – Definisi Jalan, Seksyen 13A and 14 – RTA 2010, Seksyen 58A – Notis penukaran alamat, Seksyen 38 dan Seksyen 48.

“Dengan anggaran 25 juta kenderaan kini, isu privasi juga perlu dititikberatkan terutama apabila ia membabitkan semua maklumat yang dimuatkan dalam cip,” katanya.

Pemasangan AES dikatakan mensasarkan hanya dua kematian untuk 10,000 kenderaan berdaftar berbanding 3.7 kematian yang berlaku sebelum ini.

Pastinya, penggunaan AES berupaya mengurangkan kemalangan atau mendisiplinkan pemandu namun ia perlu diteliti terutama dari aspek undang-undang yang memastikan keberkesanannya selain tujuan asal iaitu mendidik pemandu bukan menghukum.

(sumber: Harian Metro, 09/02/2011)

Monday, October 22, 2012

Rokok naik 20 sen - Oktober 2012


British American Tobacco Malaysia (BAT Malaysia) mengumumkan peningkatan 20 sen kepada harga semua rokoknya mulai hari ini.

“Kami dimaklumkan secara rasmi oleh Kastam Diraja Malaysia pada Khamis, 18 Oktober 2012, tentang kenaikan yang dimandatkan dalam harga luar kilang rokok-rokok kami antara 26 peratus hingga 58 peratus berkuat kuasa Jumaat, 19 Oktober 2012.

“Berikutan itu, cukai eksais dan jualan telah dinaikkan,” kata Pengarah Urusan BAT Malaysia, William Toh, dalam satu kenyataan.

BAT Malaysia adalah sebahagian daripada kumpulan British American Tobacco yang merupakan kumpulan syarikat tembakau antarabangsa terbesar dunia. – Bernama

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List