PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, June 1, 2013

Padah kalau Terlalu Obses Gajet

Seiring bidang komunikasi dan hiburan. Perkembangan yang berlaku pesat pada masa kini telah memberi impak kepada semua lapisan masyrakat hingga kita dengan mudahnya dapat mengakses, mencari, memberi, bahkan dapat memanipulasi data secara online.




Sumber: Berita Harian Online

Lambakan “gadget-gadget” kegilaan belia

Perkembangan teknologi ternyata menimbulkan beberapa kesan terhadap penggunaanya. Melalui internet sahaja kita mampu mengakses dan mencari data dengan pantas melalui cara “meng-klik” sahaja. Selain itu, kita juga boleh mendapatkan pelbagai benda melalui internet separti hiburan dan lain-lain. Dalam bidang hiburan, dapat diperlihatkan betapa pesatnya teknologi berkembang. Peralatan-peralatan ataupun “gadget” menjadi kegilaan dalam kalangan remaja masa sekarang. Antara gadget yang menjadi kegilaan remaja sekarang adalah satu peralatan berkomunikasi ataupun “smart phone” seperti Blackberry dan juga IPhone.

Bercakap mengenai pelbagai inovasi perkomputeran yang dihasilkan terutamanya untuk pengguna tegar grafik, tapi jika memperlihatkan inovasi massa lain seperti peranti audio video digital dan juga computer tablet. Setiap kali diperkenalkan, setiap kali itu jugalah wujud fenomena baru yang mampu merubah gaya hidup pengguna secara total. Bayangkan orang ramai sanggup beratur berjam-jam di depan pintu kedai untuk menjadi semata-mata orang yang terawal untuk memiliki “gadget-gadget” tersebut.

Melihat apa yang berlaku dalam pasaran dunia belia dan juga teknologi , pada April 2010 sahaja tiga juta unit tablet iPad telah dijual dalam masa tempoh 80 hari. Hingga akhir 2010, syarikat Apple berjaya menjual sebanyak 14.8 juta iPad di seluruh dunia. Ia sama sekali telah merubah landskap gaya hidup masyrakat seluruh dunia untuk berkomunikasi , berhibur, bekerja dan bermain. Ia ditambat dengan kepesatan era maklumat di mana saja kederasan inovasi jalur lebar menular ke setiap pelosok dunia. Dengan berkembang pesatnya teknologi-teknologi ini, memperlihatkan bagaimana belia sekarang teramat taksub dengan “gadget-gadget” ini, hingga menyebabkan mereka terlalu obsess.


















Di dalam sebuah akhbar tempatan telah mengeluarkan satu isu dimana remaja dan belia sekarang teramat obsess dengan “gadget” hingga kemana sahaja mereka berada mesti bersama dengan “gadget” tersebut. Munurut berita yang dikeluarkan oleh Berita Harian ;

“PENGGUNAAN telefon bimbit pintar dalam kalangan pelajar institusi pengajian tinggi (IPT) bukanlah satu perkara yang ganjil. Alat komunikasi itu dilihat menjadi keperluan utama dalam kehidupan seharian jika dibandingkan dengan kehidupan remaja pada zaman 80-an. Kemudahan berhubung melalui pesanan khidmat ringkas (SMS), panggilan, khidmat pesanan multimedia (MMS) dan panggilan video (3G) menjadi antara perkhidmatan penting dalam sesuatu penggunaan telefon bimbit selain penggunaan internet melalui komputer bagi menghubungkan seseorang dengan individu lain tidak kira di mana mereka berada. Arus kemodenan dalam dunia komunikasi teknologi mendorong kepada masyarakat kini untuk menggunakan aplikasi paling canggih untuk berhubung.

Penggunaan telefon bimbit pintar yang turut mempunyai kemudahan internet seperti BlackBerry (BB) dan Iphone misalnya menjadi kegilaan remaja pada masa kini terutama pelajar IPT. Aplikasi yang mampu menyampaikan khidmat pesanan percuma melalui BlackBerry Messenger (BBM) itu bagai fenomena dalam kalangan pelajar IPT untuk memiliki telefon bimbit pintar itu. Jika dulu, penggunaan telefon bimbit pintar itu lebih digunakan oleh golongan profesional namun tidak lagi pada masa kini kerana ia turut digunakan oleh pelajar IPT untuk berhubung satu sama lain.”

Selain itu siswa dan siswi yang ditemuramah yang merupakan pelajar Universiti Teknologi Mara Malaysia (UiTM) Shah Alam yang juga pengguna BB ; “Kecanggihan telefon seperti ini mendorong saya untuk memilikinya sebagai satu daripada gajet peribadi selain dapat memperoleh maklumat dengan cepat melalui kemudahan internet yang disediakan. Hairunnadiah Hairuddin, pelajar UiTM, Shah Alam.”

Kepesatan dalam pembagunan teknologi dalam pelbagai bidang telah memberikan peluang kepada belia-belia pada masa kini untuk mencuba sesuatu yang baru dan juga mengikuti perkembangan pada masa kini. Namun dalam mengikuti perkembangan teknologi tersebut jangan lah kita lalai dan leka dalam arus kemodenan ini. Masih banyak yang mampu kita dapat dari perkara yang lain selain dari kemajuan “gadger-gadget” yang dimiliki oleh kita. Cuba untuk mencari sesuatu kelainan dalam memperkasakan diri sendiri mahupun masyarakat melalui perkembangan teknologi ini. Gunakannya untuk tujuan yang berfaedah dan kurangkan untuk tujuan yang kurang berfaedah kerana hanya kita sendiri dapat mengawal diri kita.

1 comment:

  1. Asyik keluar model terbaru je dalam masa terdekat. Makin lama makin canhgih. Mana ke tidak semua ni menjadikan kegilaan terhadap gajet / telifon pintar semakin menjadi-jadi. Masingimasing nak mengejar teknologi la katakan

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List