PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Tuesday, October 1, 2013

Meninggal, Keracunan Kenduri Kahwin, Yan Kedah

InfoSantai mengucapkan takziah dan amat
bersimpati kepada keluarga mangsa..
Al-Fatihah
31 September - Menjadi sejarah, kes tak disangka-sangka, menghadiri jemputan majlis kenduri kahwin menjadi tragedi, 3 Meninggal dan 170 yang lain mendapat rawatan - disini Tanjung Dawai, Yan Kedah.

Selain tiga kematian dilaporkan pada Isnin 1 Oktober, menurut laporan terbaru, lebih 170 orang yang mengalami keracunan makanan selepas menghadiri kenduri kahwin di sebuah rumah di Tanjung Dawai sedang dirawat di tiga hospital berdekatan


Tambah laporan semasa lagi, yang paling ramai ialah di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) iaitu 114 orang, manakala sembilan mangsa menerima rawatan di Hospital Pantai Sungai Petani dan 49 orang di Hospital Yan.

Daripada  jumlah 114 orang di Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) itu, 78 daripada mereka telah dibenarkan pulang.

Kebanyakan mangsa mengalami cirit-birit dan kekurangan air dalam badan terdiri daripada warga emas manakala kanak-kanak seramai 14 orang.

Di Hospital Yan, seramai 49 orang masih dirawat di hospital itu dan kebanyakan mereka dilaporkan stabil.

Sangat-sangat tak disangka-sangka, majlis merai kegembiraan menjadi tragedi buruk. Kes masih dalam siasatan. Tetapi ramai yang mengagak, punca keracunan adalah dari ayam masak merah. Tapi ini bukan laporan rasmi, hanya temuramah oleh pemberita kepada mangsa yang mendapat rawatan. Kebanyaknnya mengalami kes sakit perut dan dihidrasi yang berlebihan.

Kepada yang meninggal, ucapan takziah infosantai hulurkan. Al-Fatihah..

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List