Saturday, August 3, 2013

Alamak, Seluar Ketat Jadi Tak Subur

Biar Betul!!! Tidak kiralah sama ada seluar pendek ketat, skinny jeans mahupun spandex, ianya ada kena-mengena dengan kesihatan lelaki. Elak mengambil risiko yang boleh menjejaskan kesihatan anda semata-mata mahu bergaya. Melainkan anda seorang fashionable tegar yang menolak tepi akan kepentingan kesuburan untuk masa depan.



Menurut pakar perubatan dan kesihatan dari United Kingdom, Dr. Hilary Jones, beliau ada menerangkan bahawa pemakaian seluar ketat boleh menyebabkan testikel terbelit, pundi kencing menjadi lemah dan jangkitan pada saluran air kencing. Selain itu, jumlah sperma akan berkurangan dan memudahkan jangkitan kulat gara-gara seluar berfesyen ini.



Meskipun anda merupakan peminat selebriti seperti Jude Law dan Russell Brand yang gemar mengenakan seluar ketat, anda juga mungkin menjadi salah seorang mangsa permasalahan ini. Memakai pakaian dan seluar yang ketat dalam tempoh masa yang berpanjangan boleh membawa kepada masalah jangkitan pada saluran air kencing akibat gangguan aktiviti pada pundi kencing. Ia boleh dikatakan satu hint kelemahan pundi, punca jumlah sperma menurun & jangkitan kulat. Atau lebih tepat, menurunkan faktor kesuburan akibat kepanasan di celah kelangkang!

Tidak salah bergaya tetapi ada baiknya anda lebih mengutamakan keselesaan dalaman serta luaran dan tidak membatasi apa-apa pergerakan. Ketahuilah bahawa sebanyak 40% lelaki telah mengaku bahawa kadangkala mereka sanggup berkorban demi gaya berbanding keselesaan. Apabila memilih seluar jeans, hanya tiga daripada sepuluh orang sahaja yang mementingkan faktor kelembutan dan keselesaan.

Apa pun bagi kami, nak bergaya tu boleh, tapi berpada-pada. Jangan sampai seharian pakai seluar ketat, melainkan anda memang terfikir tidak mahu zuriat. Fesyen bukan bermakna penyeksaan wahai kawan-kawan.

1 comment:

  1. Kalau seluar slac jenis slim fit jejas kesuburan lelaki tak?

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List