Wednesday, August 21, 2013

Tergempar: Ramai Maut, Bas Jatuh Gaung Genting

21 ogos 2013

Tragedi yang sangat menyayat hati dan mengejutkan, sebuah bas yang turun dari Genting Highland ke KL terhumban, terjun, jatuh dari jalan ke dalam Gaung petang tadi. Maklumat awal tadi, Bas persiaran itu sarat dengan penumpang dan ramai dikatakan maut dan tidak kurang juga yang dalam keadaan kritikal.

bas terhumban, ramai meninggal
Maaf, hanya gamber kren sahaja,

Kejadian berlaku di KM 3.6 jalan dari Genting Highland ke Ibu Negara, melibatkan sebuah bas express. Ia terjatuh 200 kaki tingginya dari jalan (lebih kurang 60 meter), dan seterusnya menggemparkan negara kerana ramai terkorban. Punca kejadian masih disiasat

Jumlah penumpang dikatakan seramai 45 orang semuanya, laporan ni tak rasmi, 28 lelaki dan 17 perempuan.

Kerja kerja menyelamat sedang giat dilakukan dan laporan dari media masa, 16 org telah dikeluarkan dan dihantar ke hospital, 29 tekorban dan dalam jam 8 malam, 4 org lagi masih hendak dikeluarkan dari kenderaan malang tersebut.

Takziah dan setinggi-tinggi perasaan simpati dari infosantai, maaf jika ada tersalah bahasa. Tak tergambar kedukaan yang diterima oleh keluarga mangsa.

Dan laporan dari Hospital KL, dari unit trauma dan kecemadan, 5 mangsa dihantar ke sana, 3 org dalam keadaan kritikal dan 2 dalam keadaan separa kritikal. Kebanyakan mangsa mengalami retak bahagian dada dan pinggul akibat hentakan.

Negara sekarang amat terasa kesedihannya dan doakanlah kesejahteraan dan mangsa yang terselamat.. perlu ada pengajaran daripada pemandu kerana sudah banyak laporan yang dilaporkan, kemalangan yang meragut nyawa dalam jalan yang samadan ironinya, membabitkan bas. Sampai bila kita mahu mendengar tragedi yang sama. Tragedi kali ini diharap mendapat perhatian terutama pemandu bas. Anda membawa ramai nyawa yang sangat berharga. Nak tukar jalan bukannya senang.

4 comments:

  1. Banyak kecelaruan tentang laporan kemalangan ini. Tetapi apa yang benar dan pasti adalah ianya melibatkan kehilangan nyawa. Kemalangan di jalan genting-karak bukan kali ini je, dah banyak kali berlaku

    [Klik Video Link]

    ReplyDelete
  2. Tragedi bas jatuh gaung ni sangat-sangat mengejutkan. Alfatihah kepada yang muslim dan takziah buat yang pergi.

    Dalam berita radio pg tadi, siasatan teliti akan dibuat. Maklumat awal siasatan bas di luar kawalan sebelum merempuh penghadang jalan.

    ReplyDelete
  3. Ngerinya. Takziah buat keluarga yg terlibat. Dalam betul gaung tu.

    ReplyDelete
  4. Satu negara bersedih. Takziah. Rupa2nya pemandu baru bertugas. Bas pun bukan bas express tapi bas ulang alik. 37 meninggal dunia dari bas yang jatuh hampir 60 meter ke dalam gaung.

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List