KUALA LUMPUR: Kerajaan sudah bersedia melaksanakan pemberian rebat
RM200 bagi pembelian telefon mudah alih pintar 3G kepada belia berumur
21 hingga 30 tahun, mulai 1 Januari depan.
Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan, Datuk Seri Dr Rais
Yatim yakin program itu dapat dijalankan tanpa sebarang masalah
berikutan persiapan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia
(SKMM) yang sangat baik. “Kementerian itu bagaimanapun sedang meneliti
makna sebenar istilah ‘smartphone’ yang digunakan dan kadar harga yang
melayakkan pembeli menerima rebat tunai. Spesifikasi Samsung Galaxy S3
“Bila itu beres, saya kira tiada hal lagi (untuk pelaksanaan
pemberian rebat). Ramai yang bertanya, jadi kita nak beri ruang
secukupnya supaya mereka boleh berhubung terus dengan SKMM atau kedai
dan ejen yang sudah didaftar,” katanya kepada pemberita selepas
merasmikan sambutan Hari Inovasi 2012 kementerian itu di Muzium Negara
di sini, semalam.
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak pada pembentangan Belanjawan
2013 di Parlimen September lalu mengumumkan pemberian rebat RM200 secara
‘one-off’ bagi golongan belia membeli satu unit telefon mudah alih
pintar 3G bertujuan membuka akses maklumat kepada mereka. Mengulas
mengenai kajian semula garis panduan proses pembelian drama daripada
syarikat penerbitan tempatan terutama dalam aspek bayaran, Dr Rais
berkata ia akan dijalankan mengikut harga pasaran. “Jika perlu kita buat
kadar baru, Insya-Allah kita buat. Tapi pada masa ini RTM adalah
pemberi bayaran tertinggi kepada drama atau telemovie. Harap stesen lain
seperti Astro dan Media Prima dapat samakan kadarnya dengan RTM,”
katanya.
Dr Rais berkata, objektif utama kajian semula itu adalah supaya
industri kreatif negara yang membabitkan bakat mendapat pengiktirafan
sewajarnya. – Bernama
Panduan mendapat rebat rm200 [klik link ini]
ReplyDelete