PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Monday, December 3, 2012

Petua Melembutkan Ayam Tua

Sesetengah orang kurang menggemari membeli ayam tua ni di pasar. Ini adalah kerana ayam ini kurang enak dan liat.

Cadangan membaca : Petua simpan ayam lebih lama

 Mungkin ada yang menggemarinya kerana ketahanan dagingnya yang tahan apabila dimasak rendang. Tapi mungkin ada cara lain untuk memasak ayam tua ini. Mungkin petua ni membantu


1. Masukkan seruas tebu ketika sedang memasaknya. Atau, bunjutkan satu sudu besar biji selasih dengan kain kasa atau kain putih. Masukkan bunjut tersebut ke dalam periuk semasa memasaknya.

2. Carik-carikkan daun pisang abu. Kemudian masukkan ke dalam masakan tersebut.

3. Potong ayam dalam bahagian yang kecil. Selepas itu, rebus dengan air kelapa sehingga empuk. Toskan airnya dan bolehlah dimasak ayam tersebut. Dan bolehlah dimasak ayam tersebut.

4. Kisarkan sepotng buah nanas sehingga halus. Kemudian perapkan dengan ayam yang sudah dipotong seama 15 minit. Selepas itu, barulah dibersihkan ayam tersebut dan masak seperti biasa.

Cadangan membaca : Petua membeli daging ayam 

1 comment:

  1. Ada orang cakap ayam tua ni ayam pencen >_<

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List