PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, June 14, 2014

Hukum Membunuh Katak

Ramai dari kalangan kita yang membawa kenderaan (misalnya) tidak prihatin atau tidak mengelak pada katak yang melintas jalan ketika hujan, malah sengaja melanggarnya pun ada. Ini kerana RAMAI yang terlepas pandang dengan hadis Rasulullah berkenaan dengan katak yang disebutkan adalah termasuk dalam haiwan yang haram dibunuh (sejurus menjadi haiwan yang haram dimakan).

Kata al-Qadi Ibn al-'Arabi : Pendapat yg sahih berhubung haiwan yg hidup di darat dan air ialah di larang pembunuhannya, kerana terdapat percanggahan dalil haram dan halal. Lalu kami memenangkan dalil haram sbg langlah berhati2 (ihtiyat).



Ulama'2 fikah berselisih pendapat mengenai hukum membunuh katak ini.

Ulama' yg menghalalkannya ialah Imam Malik. Beliau berpegang pada dua dasar;

1) umum ayat Allah iaitu
"Dihalalkan bagimu binatang buruan laut dan makanan yg berasal dari laut sbg makanan yg lazat bagimu, dan bagi org2 yg dlm perjalanan" (al-Maidah :96)

2) umum hadith tentang air dan bangkai haiwan di lautan; iaitu "Dia (laut) suci airnya dan halal bangkainya" (Riwayat Malik, al-syafi'e dan imam yg empat).

Kedua2 dalil ini umum tentang hidupan/haiwan di laut, lalu ia mencakupi katak, krn katak trmasuk dalam kategori soidul bahr.

Ulama' yg mengharamkannya ialah Imam Ahmad.

Dalilnya: Hadith Abd Rahman Bin Uthman tentang seorang doktor bertanya kpd Nabi SAW tentang hukum mnjadikan katak sbg ubat (utk dimakan), lalu Nabi SAW melarang dari membunuhnya. (Riwayat ini disahihkan oleh al-Hakim).

Dalam sanadnya ada Sa'id Bin Khalid al-Qurtubi: didhaifkan oleh an-Nasai tetapi dithiqahkan oleh Ibn Hibban serta kata ad-Daraqutni: dia Madaniyy yg boleh dibuat hujah dgnnya.

Justeru itu, jika Nabi SAW melarang dari dibunuh katak sedangkan tujuannya adalah utk suatu yg penting spt dijadikan ubat, tentulah ia tidak boleh dimakan sebarangan. Larangan makannya pula tentulah kerana ia mmg haram dimakan. Ini kerana Nabi SAW jika melarang dari membunuh sesuatu haiwan, maka ia mungkin krn kehormatannya spt manusia, ataupun ia mmg haram dimakan.

Asy-Syawkani pula seakan2 tidak bersetuju dgn kaedah binatang yg dilarang bunuh bererti haram dimakan, lantaran baginya ianya tidak jelas.

Namun yg rajihnya ialah: katak haram dimakan.

Bagaimana pula jika katak dibunuh untuk dijadikan eksperimen?
Mengikut Ustaz Azhar Idrus, hukumnya adalah HARAM. Ini berdasarkan hadis Nabi spt di atas.

Bagaimana pula katak yg dijadikan umpan untuk memancing?
Haram menyeksa katak itu dengan cangkuk mata kail. Yang dibolehkan adalah mengikat katak itu dengan cara yang tidak menyeksakan. Adapun jika terjumpa katak yang sudah mati, maka tergugur daripada hukum menggunakan cangkuk mata kail kepada badan bangkai itu.

Bagaimana ikan yang makan katak?
Biar ikan yang makan, jangan kita yang makan katak. Ikan tetap halal kerana katak itu adalah makanan fitrah bagi ikan tersebut.

Con't:
Al-Baihaqi meriwayatkan satu hadis didalam kitabnya al-Sunan daripada Ibnu ‘Umar ( r.a ) secara mawquf:

“ Janganlah kamu membunuh katak, kerana bunyinya merupakan tasbih.”

( al-Baihaqi menilai shahih sanadnya )
Manakala daripada Anas ( r.a ) secara mawquf:

“Janganlah kamu membunuh katak, kerana ia pernah melintas di atas api yang membakar Ibrahim. Katak itu membawa air dari mulutnya dan menyiramkan air itu ke atas bara api.”

Imam al-Shan’ani berkata:
“ Barangkali atas pertimbangan inilah dilarang membunuh katak.”

Kesimpulan
Dilarang membunuh dan memakan katak.

والله أعلم

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List