PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Friday, December 4, 2015

Faedah Memelihara Kucing

Pening anak-anak terlalu lincah, nakal, dan tak mendengar kata. Jangan takut, itu tanda anak andanmembesar dengan sempurna. Tapi mungkin anda dapat mengawal mereka dengan memelihara kucing. Kucing membantu kanak-kanak bersikap lebih penyayang


Memelihara kucing sebagai haiwan peliharaan boleh mendatangkan banyak manfaat. Haiwan tersebut boleh menjadi faktor tambahan kepada keceriaan dan keamanan setiap keluarga di samping membantu anak-anak dalam pelbagai cara.

Menurut kajian Profesor Emiritus Dr. Aaron Katcher dari Universiti of Pennsylvania, Amerika Syarikat, haiwan mampu mempengaruhi perhatian manusia kerana manusia selalu terlibat dalam menyelesaikan masalah berkaitan haiwan.

Apabila berada di sekeliling haiwan, seseorang itu akan lebih ceria, komunikatif, ekspresif dan tenang.



Kucing sama seperti manusia yang mempunyai perasaan dan suka dimanja atau dibelai. Hubungannya dengan manusia atau penjaga boleh diibaratkan sebagai kawan.


Manfaat membela kucing

  • Membantu kanak-kanak khususnya untuk belajar mengenali perlakuan rakan-rakan mereka. Selain itu, ia turut menjaga hati orang di sekeliling kerana biasanya kucing suka berdampingan dengan penjaganya.
  • Membantu daripada segi psikologi kanak-kanak yang mengalami trauma kerana ia seolah-olah menjadi sahabat yang sentiasa ada untuk membantu kanak-kanak berkenaan di samping memupuk harga diri yang lebih tinggi.
  • Mendidik anak-anak untuk menjadi seorang yang lebih bertimbang rasa, mudah bekerjasama dan bersedia untuk berkongsi.
  • Mudah berkongsi makanan, ruang dan menjadi seorang yang penyayang.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List