PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, August 3, 2013

Tips Penjimatan Air

Nak jimatkan air? Aku rasa mesti semua orang akan jawab 'YA'. Dalam post ni, aku kongsikan tips-tips yang aku kutip dari alam maya bagaimana hendak menjimatkan air...sebenarnya lebih kepada peringatan...




TANDAS

  • Gunakan tandas yang mempunyai keupayaan curahan yang rendah (contohnya memilih sistem curahan yang berkeupayaan sebanyak 6 liter atau kurang) atau letakkan sebotol air ke dalam tangki curahan untuk mengurangkan air yang dicurah.
  • Kurangkan kekerapan curahan dalam sehari.
  • Sentiasa melakaukan pemeriksaan untuk mengenal pasti sebarang kebocoran.  
  • Masukkan pewarna ke dalam tangki curahan dan memeriksa sekiranya terdapat air berwarna yang meleleh keluar ketika dan selepas curahan.

BILIK MANDI

  • Kurangkan masa mandian dan gunakan pancuran mandian bertekanan rendah.
  • Letakkan sebuah baldi berhampiran dengan pancuran ketika mandi untuk mengumpul air yang berlebihan. Air ini boleh digunakan untuk mencurah tandas atau menyiram taman.
  • Tutup pancuran mandian ketika bersabun.
cadangan membaca : Minum air suam dan kelebihannya

SINKI
  • Jangan biarkan air mengalir ketika mencuci muka, menggosok gigi atau bercukur. Cara terbaik ialah menggunakan air di dalam bekas. 
  • Baiki sebarang paip yang bocor atau yang sentiasa menitiskan air.

TAMAN
  • Siram taman dan pokok bunga ketika senja atau awal pagi untuk mengelakkan kehilangan air melalui penyejatan akibat daripada kepanasan.
  • Jangan menyiram pokok bunga secara berlebihan dan elakkan penyiraman ketika musim hujan.
  • Ubahsuai pemercik di taman supaya kadar air yang digunakan tidak berlebihan. Jika kawasan taman yang kecil, gunakan baldi atau salur getah.
  • Sentiasa memeriksa dan mengubah suai pemercik mengikut cuaca.
  • Elakkan penggunaan baja yang berlebihan dan gunakan baja nitrogen berasaskan air.
  • Pilih landskap taman yang tidak memerlukan air yang banyak.
  • Pastikan ketinggian rumput di taman  lebih kurang 6 cm kerana rumput yang sederhana panjang dapat menyimpan air dengan lebih berkesan.
  • Gunakan penyapu untuk membersihkan kawasan luar rumah dan tepi rumah serta elakkan daripada menjirus air untuk membersihkan sampah sarap. 
  • Sebaik mungkin gunakan bekas tadahan bagi menyiram taman.

DAPUR

  • Jangan gunakan air yang mengalir untuk mencuci pinggan dan mangkuk, gunakan air yang ditadahkan di dalam sinki.
  • Pastikan paip ditutup dengan ketat untuk mengelakkan air terus menitis.
  • Simpan sebotol air di dalam peti sejuk atau gunakan ais jika memerlukan air sejuk
  • Cuci sayur-sayuran, buah-buahan atau makanan di dalam sinki yang berisi air dan elakkan air mengalir
  • Pastikan mesin basuh penuh muatan cucian kerana setiap cucian akan menggunakan air yang sama walaupun pakaian hanya sedikit sahaja.
GARAJ

  • Gunakan baldi untuk mencuci kereta dan elakkan penggunaan salur getah.     
  • Elakkan tumpahan minyak kerana minyak memerlukan air yang banyak dan sabun untuk  dibersihkan.                                               

CARA-CARA MENJIMATKAN AIR LAIN

  • Pastikan anda sentiasa menghadiri perjumpaan dan perbincangan mengenai air di kawasan anda.
  • Sentiasa melakukan pemeriksaan terhadap sistem paip dalaman di rumah untuk mengelakkan sebarang kebocoran.
  • Maklumkan sebarang kerosakkan paip kepada pihak berkuasa dengan serta merta.
  • Galakkan aktiviti-aktiviti kesedaran dan penjimatan air di sekolah yang berhampiran kawasan rumah anda.
  • Bekerjasama dengan pihak kerajaan dalam penjimatan dan pemuliharaan air.
  • Gunakan air tadahan hujan untuk kegunaan di garaj, di taman dan sekiranya boleh untuk curahan tandas simbah.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List