Friday, August 2, 2013

Ubah Penampilan Lelaki, 10 Tips

Selalukan nampak tajuk macam tu kat dalam majalah? terus hati pun terkinja2 tidak kesabaran nak tahu lantas jari pun cepat membelek ke muka surat yang dikehendaki tanpa menghiraukan kisah rintihan ibu tunggal di muka surat depan.


Baiklah. Atas nama kesedaran tentang pentingnya PENAMPILAN maka saya bawakan khas tips berfesyen untuk anda khusunya lelaki. Kenapa lelaki saja? sebab perempuan dah teror dalam benda2 macam ni. Jom kita berkongsi tips ni untuk tampil lebih menawan di hadapan sekalian manusia.



1. Baju yang fit. Perubahan yang paling dramatik yang boleh dibuat dalam style seorang lelaki ialah pakai baju yang sesuai dengan saiz badan. Not too large or tight but fit perfectly to your body. Jangan pakai macam rockstar unless kau ada band.

2. Simple. Jangan pakai lebih daripada 3 aksesori or 3 warna. Bersederhana itukan lebih baik. Aksesori untuk lelaki termasuklah macam jam tangan, tali pinggang, topi, wallet etc.

3. Beri tumpuan pada perincian. Perincian ni termasuklah cara anda ikat neck tie, pemilihan warna dan sebagainya. Warna kasut dan tali pinggang haruslah sepadan. "Eleh perlukah perkara macam ni dititikberatkan?" Haruslah! Cuba tanya ibu anda kenapa ambik masa satu jam just nak matchkan color tudung dengan baju.

4. Melabur untuk sepasang kasut. Kasut adalah antara benda terpenting dalam style lelaki sebab mostly perempuan akan nilai sorang lelaki tu daripada kasut terutama dari segi kebersihan. So tak salah kalau melabur sedikit duit untuk mendapatkan kasut yang berkualiti tinggi setanding dengan beras yang diimport. Ok merepek. Next..


5. Jangan pergi shopping sorang diri. Selain daripada mengelakkan diri daripada ditipu or dirompak, bawalah kawan sehidup semati yang faham cita rasa anda untuk tolong bagi pendapat sebab kengkadang susah nak percaya kat sales people ni sebab dorang kerja pon untuk commision so kalau kau pakai baju merah ngan seluar kuning pun dia kata OK sambil tersenyum.


6. Tshirt berlogo. Memakai tshirt berlogo akan buat anda nampak macam a walking billboard, err aku selalu juga jadi walking billboard tak berbayar. Its ok kalau logo tshirt tu tak melampau sangat. Pilih tshirt yang plain or something artsy but still simple.

7. Gila jenama. Jangan jadi gila jenama okeh! hanya akan shopping di kedai2 berjenama. Padahal baju tu ntah apa2. Singlet pun nak yang branded. Sebenarnya tak kesah jenama apa pun yang penting pandai sesuaikan dengan gaya. Yang murah pun boleh nampak mahal cuba try test!

8. Minta pendapat. Jaga penampilan pakaian anda. Jangan buat keputusan sendiri kecuali betul2 yakin. Orang takkan bagi their honest opinion unless you ask them. Tanya sesiapa saja yang anda percaya best friend, ibu kesayangan, girlfirend, bini mahu pun jiran sebelah.

9. Trend. Jangan terlalu mengikut trend semasa sebab trend boleh datang dan pergi dan tak semestinya sesuatu trend tu nampak ok pada anda. Kalau nak cuba pun tak salah tapi mestilah minta pendapat orang lain.

10. Eksperimentasi. Dont be afraid to try something new. Satu2nya cara untuk tahu sama ada baju tu sesuai dengan anda atau tidak ialah dengan mencubanya. Sambungan yang nombor 9 tadi.

1 comment:

  1. Mengubah penampilan luaran boleh jer. Tapi jag pula yang mengubah sampai bedah plastik. Ada mau rupa rimau lah, rupa superman lah. Kekadang rupe tah hape jadinya.

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List