Kita sering memandu laju-laju tetapi tahukah kita bahawa bahagian kereta kita yang menyentuh jalan raya adalah kecil? Kalau dilihat dari sisi memanglah tayar itu besar dan lebar dan ada empat (4) pula. Cuba lihat betul-betul, permukaan tayar yang menyentuh jalan hanyalah sebesar TAPAK TANGAN setiap satu.
Ianya seperti kita merangkak dengan dua kaki dan dua tangan, dan kita merangkak pada kelajuan 100km/j atau lebih. Jangan ambil sambil lewa tentang tayar.
1. Tayar terpaksa menampung berat kereta dan segala bebannya. Dan jumlah berat itu ditampung oleh permukaan tayar seluas empat tapak tangan sahaja.
Kereta jenis sedan biasanya mempunyai berat melebihi 1 tan (tanpa muatan). Kalau kereta itu sendat dengan penumpang yang puratanya 60kg setiap seorang, berat kereta sedan itu akan bertambah lagi sebanyak 240kg atau lebih. Kereta yang lebih mewah dan kukuh mempunyai berat yang lebih tinggi.
Kereta jenis kompak seperti kancil dan viva mempunyai berat kira-kira 800kg dan lebih. Kalau ditambah dengan penumpang dan segala beban yang dibawa, jumlah beratnya akan melebihi 1 tan juga.
2. Tayar mempunyai tempoh hayat tertentu dan tempoh 'shelf life' tertentu juga.
Biasanya, tempoh hayat 'shelf life' adalah 3 tahun dari tarik ia dikilangkan.
Jika sedang digunakan, tempoh hayatnya adalah bergantung kepada kadar kehausan (wear) tayar. Secara teori, kadar kehausan tayar adalah berkadar langsung dengan jarak pemanduan. Secara purata, tayar akan haus dalam tempoh 35,000km - 40,000km, jadi sila lihat meter anda. Namun begitu, ianya bergantung kepada jenis / jenama tayar. Tayar yang lembut agak sedap dipandu kerana lebih senyap dan lebih mencengkam tetapi cepat haus.
Tayar yang 'keras' akan haus lebih lambat dan kadang-kadang melebihi 40,000km. Tapi kalau sudah melebihi tempoh hayatnya (lebih kurang 3 tahun) tayar mesti ditukar juga.
Jarak 40,000km itu secara puratanya dicapai dalam tempoh 2 tahun. Jadi, 6 bulan sebelum mencecah jarak itu, eloklah mula menabung. Harga sebiji tayar lebih kurang RM160 - RM200, itu tak termasuk upah 'alignment' dan 'balancing'.
Getah tayar akan menjadi 'tua' apabila terdedah dengan panas dan cuaca. Getah yang telah tua akan mengeras. Selain menjadi keras, sempadan butir (grain boundary) akan menjadi nyata atau dengan kata lain, permukaan tayar akan merekah kerana rantaian polimer getah itu sudah mulai putus-putus. Jika tidak ditukar, dikhuatiri tayar akan meletup akibat tekanan.
3. Alur (groove) atau 'bunga' pada tayar berfungsi untuk 'menyalirkan' air pada permukaan jalan. Jika air tidak dialirkan dengan cepat dan sempurna, tayar tidak dapat mencengkam jalan dan fenomena ini digelar 'aqua planning/panning'.
Berat kereta akan menekan tayar kepada permukaan jalan yang basah. Bunga tayar bertindak seperti 'pam air' yang akan memancutkan air ke dalam alur bunga tayar itu dan juga keluar dari tayar.
Jika bunga tayar sudah nipis, proses 'mengepam air' menjadi tidak cekap dan tidak efektif. Ini akan menyebabkan kereta tidak mampu bertindak seperti yang kita inginkan. Maksudnya, kalau kita nak brek, kereta tak mahu berhenti. Kalau kita membelok, kereta akan meluncur terus dan terlajak atau terbabas.
Pada tayar jenama tertentu, ada tanda yang diletakkan. Biasanya pada alur itu akan terdapat satu 'jambatan' atau 'bridge' getah yang biasanya kita anggap itu adalah 'menufacturing defect' atau lebihan getah ketika acuan. Sebenarnya, jika permukaan tayar sudah sama rata dengan 'bridge' itu bermakna bunga tayar sudah nipis. Ada juga tanda tiga segi atau 'diamond' atau 'arrow' di tepi tayar. Jika ada kesan lelas pada 'diamond' ini bermakna bunga tayar sudah nipis.
4. Fungsi tayar dibantu oleh sistem suspensi (sistem spring) dan penyerap hentak (absorber). Jika dua sistem ini gagal, tayar akan gagal berfungsi secara optimum.
Sistem suspensi bertujuan untuk menjadikan pemanduan itu selesa. Jika tidak, kita terasa seperti memandu kereta lembu. Namun, spring akan menjadikan kereta membuai-buai jika jalan tidak rata atau jalan berlopak.
Penyerap hentak pula akan bertindak pada arah berlawanan daripada arah hayunan spring tadi, menjadikan kereta tidak berbuai-buai.
Kereta yang membuai-buai adalah bahaya, lebih-lebih lagi jika mengambil selekoh dan menjadi lebih bahaya jika kereta membawa ramai orang.
Sebenarnya cengkaman tayar berfungsi dengan berat kereta yakni daya geseran (atau cengkaman) berkadaran dengan koefisien geseran dan berat kereta. Jikalau kita mengambil selekoh dan pada ketika itu kereta melambung ke atas dek kereta berbuai, berat kereta pada ketika itu berada di udara dan cengkaman tayar akan menjadi lemah dan kereta boleh terbabas.
Sila tukar penyerap hentak (suspension) jika didapati kereta anda 'berbuai-buai'.
5. Periksa tekanan angin tayar, ia mungkin boleh mengurangkan lelasan (wear) pada tayar.... selain menjimatkan minyak petrol.
Tayar yang kurang tekanan angin akan menggunakan permukaan bunga yang lebih. Ini akan menjadikan tayar itu lelas pada kadar yang bukan sepatutnya. Ini merugikan kita kerana harga tayar bukanlah murah.
Cengkaman tayar yang berlebihan akan menjadi 'beban' kepada kuasa enjin. Kuasa enjin diperlukan pula untuk melawan (overcome) beban atau 'drag' ini, menjadikan kita terpaksa menekan lebih pendikit minyak.
Tapi jika tekanan angin terlalu tinggi, pemanduan akan menjadi tidak ceria kerana nanti terlanggar seketul batu kelikir pun kereta terasa terhentak. Hentakkan dan gegaran ini akan menyebabkan 'letih lesu' atau fatigue. Kesan lesu ini bukan sahaja masuk melalui gegaran badan (yang menyebabkan bola mata bergerak-gerak lebih cepat untuk terus fokus), bunyi bising juga akan memasuki gegendang telinga dan menyebabkan kita lesu. Pemandu yang lesu adalah pemandu yang berbahaya.
Jangan tunggu Hari Raya je nak servis kereta Lakukan secara berkala |
Ketika mengambil selekoh atau membrek, momentum kereta (yakni berat dan kelajuan kereta) akan bertindak terus kepada dinding tayar.
Bayangkan begini, kereta ingin terus bergerak akibat momentum atau lajakkan tetapi tayar pula mencengkam erat permukaan jalan. Dinding tayar akan menerima 'stress' yang tinggi pada ketika ini. Jika tayar yang tidak sesuai digunakan, dinding tayar akan pecah akibat daya ini.
Sila ikut saranan pihak pengeluar kereta tentang saiz tayar anda kerana saiz tayar tersebut telah pun diuji di litar ujian. Percayalah, ada tayar yang pecah ketika mengambil selekoh di litar ujian sebelum ketemu dengan saiz dan rekabentuk tayar yang sesuai.
Sebagai panduan mudah, kalau hendak tukar saiz tayar sekalipun, sila jangan terlalu jauh daripada saiz asal yang dipasangkan oleh pihak pengeluar kereta. Atau untuk lebih selamat, kalau masih mahu menukar tayar kepada yang lebih 'fancy', sila beli yang berjenama dan ianya pasti bukan murah.
No comments:
Post a Comment