PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, December 7, 2013

Umpan Memancing Ikan Air Tawar

Gambar hiasan je
Mungki ada yang memikirkan umpan yang bagus untuk digunakan jika terjumpa kawasan lombong ataupun sungai. Pancing sudah tersedia di bonet kereta. Rasa macam nak lepaskan gian melihat riak air yang menunjukkan ikan galak bermain di permukaan. Tapi kenalah lihat jenis ikan tersebut ataupun mengagak jenis ikan apa dan umpan sesuai yang boleh digunakan untuk memancingnya, jangan pakai redah je. Sy pun baru belajar, masih tak expert sangat, Kikiki

Ikan Baung menghuni di kebanyakan sungai-sungai yang tidak deras dan keruh. Umpan kegemaran Baung ialah ulat yang menghuni di dalam batang kelapa atau kelapa sawit atau nipah yang membusuk. Ia adalah ulat kepada sejenis kumbang. Hendak mencucuk mata kail kenalah berhati-hati kerana sekali dicucuk, lemak dan air tubuh ulat itu akan keluar dan menjadi kempis. Bila terlalu kempis, ulat akan tertanggal dari mata kail ketika di dalam sungai. Kadang-kadang ulat itu diikat dengan getah gelang supaya ia tak terlucut.



Ulat Mulong / ulat gendut (tahla macam-macam nama)
Kita pernah dengar Buah Kelapa Sawit digunakan sebagai umpan. Ianya lebih mudah dibawa atau disimpan, ia juga mudah untuk didapati. Umpan sawit ini lebih kepada untuk ikan Lampam, Patin, Ara-Ara, Jelawat dan pelbagai jenis lagi termasuklah Kaloi. Biasanya habiskan sebiji sawit itu untuk sekali balingan. Ada pelbagai cara memasang umpan sawit, ianya bergantung kepada jenis ikan dan juga mata kail. Yang biasa kami buat ialah 2 cara iaitu 'cucuk satay' dan sebiji terus.

Cucuk Satay - buah sawit dihiris isi kuningnya sebesar kuku. Kemudian, cucukkan mata kail menembusi hirisan tadi dan tolak hirisan tadi naik sehingga ke tali perambut. Cucuk lagi dalan 10-15 hirisan lagi sehingga menjadi seperti satay dan menutupi mata kail. Biasanya ikan yang besar-besar yang berselera makan satay biji sawit ni dan biasanya ia akan telan sekaligus.


Sebiji - Biasanya kail menggunakan mata kail yang banyak. 3-5 mata kail yang kecik-kecil bersaiz 4-6 atau mata rawai. Setiap mata kail tadi dicucukkan pada kulit sawit seperti orang sarkas cucuk mata kail atau besi gelang pada kulit badan tu. Cucukkan sekeliling buah tadi. Apabila ikan bermulut kecil cuba mencubit buah tadi, akan tersangkut pada salah satu mata kail.

Ada juga yang menggunakan umpan Cengkerik. Tapi aku tak pernah cuba sebab nak tangkap cengkerik adalah satu hal yang sungguh leceh kecuali membelinya di kedai-kedai haiwan peliharaan. Cara mencucuk cengkerik pada mata kail adalah sama seperti umpan Ulat Sagu/ Ulat Kelapa Sawit. Ikan-ikan yang suka kepada umpan ini ialah ikan-ikan pemangsa.

Dan..... umpan yang paling universal ialah umpan cacing tanah!
Segala jenis ikan suka pada cacing tanah, dari sekecil-kecil ikan sehinggalah sebesar-besar ikan. Tetapi, untuk ikan yang besar-besar, beberapa ekor cacing diperlukan agar 'gumpalan' umpan itu lebih besar dan 'bau cacing' itu dapat dihidu oleh ikan yang besar-besar di lubuk yang dalam. Kami pernah juga memancing udang galah menggunakan umpan cacing tanah, selain anak udang kertas sebagai umpan.


Oleh kerana cacing adalah umpan yang universal, biasanya ikan-ikan yang kami tak mahu yang memakannya seperti 'Baguk Tangga' atau Ikan Duri (sungai) dan seluang yang kecil-kecil

Kalau Takmahu balik dengan tangan kosong, maka jalan terakhir belilah dedak-dedak makanan ikan yang biasanya untuk diberi makan ikan keli tu. Ikut selera nak beli besar ke / yang kecil. Sah dah ini makanan ikan. Gunakan teknik apung, puyu, sepat, kekadang seluang pun makan. Tenggelamkan guna batu timah kecil, kekadang belida, kalui pun makan. Tapi ianya tak tahan lama, ulang mengisi umpan beberapa ketika, kadangkala ikan tak sangkut sebab yang makan kecil-kecil, mungkin juga udang yang makan (kawasan banyak udang galah la)

Selamat mencuba

Mungkin Anda Minat membaca:
Memancing Haruan Tasik
teknik memancing ikan sepat

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List