PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, October 12, 2013

Tingkatkan Kerjaya Anda

Sambung belajar lepas kerja ... Sanggup?
KERJAYA ANDA ADALAH LANDASAN TERBAIK. Tahukah anda, dalam mengembangkan kerjaya, bukan tempat kerja yang menjadi ukuran. Walau di mana pun anda bekerja, perancangan karier amat penting untuk melangkah ke peringkat yang seterusnya. Ayuh, lihat 4 tip yang berguna untuk anda.

1. Tidak Berhenti Belajar
Dunia berubah sangat pantas, terutama dari segi teknologi dan cara. Pelbagai teknik yang digunakan dalam memajukan perniagaan dan kerjaya. Jika anda tidak mahu ketinggalan, sentiasalah mengikuti perkembangan semasa, tambahkan pengetahuan dan juga kemahiran anda.



2. Tanya, Dengar dan Belajar
Cuba dengar apa yang rakan sekerja anda cuba sampaikan tidak kira sama anda bos atau pekerja biasa. Dari situ pelbagai pengalaman boleh dikongsi. Tanya juga persoalan yang bermain di minda, dan dengar pula apa pendapat mereka. Beri peluang kepada mereka memberi tunjuk ajar serta cara dan kemudian anda beri penambahbaikkan. Percayalah, ramai rakan di pejabat anda yang sedia menjadi tutor secara percuma!

cadangan membaca : 5 jenis pekerja di tempat kerja

3. Lakukan terbaik
Tiada perkara yang datang dengan mudah. Jika anda lakukan kerja dengan penuh komitmen dan tanggungjawab maka inilah masa terbaik untuk memulakan karier yang baru pula. Terangkan kepada ketua apa yang mampu anda lakukan. Cadangkan penambahbaikkan. Hulurkan bantuan bila diperlukan. Sebagai balasan, anda telah membantu membina kerjaya anda sendiri dan membuktikan yang anda sangat bernilai untuk syarikat.

4. Bina Rangkaian
Tahukah anda lebih 50% dari semua sumber informasi kerja diperoleh daripada rangkaian kenalan? Jika anda mempunyai ramai kenalan dan prospek, ia juga sebagai satu ruang untuk melihat kerjaya masa hadapan anda, belajar perkara dan peluang baharu. Penting untuk anda sentiasa mewujudkan prospek baharu dan kenalan manakala maklumat yang sedia ada perlu dikekalkan. Sekali sekala tanya perkhabaran, apa yang mereka lakukan dan perkembangan terkini dalam karier masing-masing.

P/s: Pilih kerjaya anda yang terbaik ok... Then yang important, anda mesti perlu ada "MINAT" dan "SUKA" melakukan sesuatu perkerjaan tue ok.. "Your Choose In Your Hand"

Related Post :
10 tips mudah kurangkan stress di tempat kerja
tips ke pejabat cergas tak mengantuk
tips hilangkan bosan anda

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List