PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Monday, May 27, 2013

Tips Hilangkan Bosan Anda

Melakukan perkara yang sama dan berulang akan boleh menimbulkan satu perkara pasti - bosan. Perkara ini adalah satu perkara biasa terjadi kepada semua orang. Sama ada cepat atau lambat pasti akan merasa.

Merasa bosan untuk melakukan apa sahaja. Saya merasakan sangat bosan, walaupun menonton televisyen. Sepertinya satu perkara yang mustahil bukan?
 b
bosan - mahu buat apa ye?


Sebelumnya, bila duduk dihadapan gajet komputer, juga merasa bosan walaupun telah banyak perkara dan idea telah disimpan draft blogspot dan hanya untuk menghuraikannya. Kerana perasaan bosan tersebut, ia  membawa kemalasan yang membantutkan keupayaan sendiri.

Dan daripada pengalaman tersebut, saya mencari beberapa cara atau tips dari internet yang telah di cuba dan  agak berguna. Antaranya cara-caranya untuk menghilangkan bosan ialah;

1. Cabar Diri - Cabarlah diri anda untuk melakukan sesuatu yang baru. Saya cadangkan satu perkara yang tidak pernah anda lakukan (atau benci). Mencabar diri sendiri boleh mencetuskan satu perasaan tercabar dalam diri. Contohnya, memasak kepada yang tidak pernah memasak, membersih tandas (mungkin antara kita membencinya) atau bercucuk tanam dengan kaedah baru. Janganlah pula mencabar diri dengan perkara yang merbahaya.

2. Kemaskan Meja - Apa yang saya lakukan juga adalah mengemas meja. Meja bilik tamu, meja makan dan paling pasti meja komputer(yang sudah agak lama terbiar). Kenapa memilih meja sahaja? Kerana ialah tempat yang paling sering saya gunakan untuk berehat dan mencari sumber idea. Terasa tenang apabila sudah melihat keadaan yang tersusun dan bersih. 

3. Pindah dari Tempat Biasa Sementara - Tinggalkan tempat biasa anda. Sebab itulah ramai memilih melancong untuk mencari tenaga baru. Tapi, disini saya tidak serta merta mencadangkan anda untuk pergi melancong tapi cuba pilih tempat untuk mencari tenaga baru.

Inilah yang telah saya lakukan. Dapat saya rasakan sedikit kelainan apabila menulis. Selalunya hanya menulis di meja komputer - Bosan. Sekali sekala mengubah tempat terasa sepertinya sebuah "tenaga baru".

4. Permainan -  Seperti tips no.1, cabar diri. Tapi kali ini cabar pilih untuk mencabar diri anda dalam satu permainan. Beribu permainan yang anda boleh pilih dari pelbagai sumber. Android(google play), permainan komputer atau play station. Juga boleh mencuba permainan yang betul-betul mencabar minda anda dengan bermain chess dan sodoku.

5. Dengar Muzik - Musik boleh membuatkan kita gembira, sedih, kecewa dan mungkin menggilakan. Pilihlah muzik yang boleh menimbulkan semangat anda. Hanya anda yang tahu mana satu terbaik untuk diri.

6. Tuliskan "Senarai untuk Dilakukan" - Bersedia untuk hari esok dengan menyenaraikan perkara yang anda perlu lakukan esok. Bosan yang dihadapi mungkin kerana tiada arah tujuan atau objektif yang perlu dicapai. Jadi, dengan adanya tujuan yang sudah ditulis anda sedar akan ada perkara yang sedang menanti dan membuatkan diri lebih bersedia.

Melayan rasa bosan sehinggakan kita tidak mampu untuk membuat apa-apa pada saya, amat membazirkan masa. Ambillah inasiatif untuk mengatasi dan memenuhi masa dengan perkara yang mungkin sedikit berbeza tapi memberi hasil. Jadi, bolehlah kita gunakan masa dengan lebih berkualiti.

Itulah antara tips-tips menghilangkan bosan yang telah saya jumpai dan praktikkan. Anda bolehlah mencubanya sama ada satu atau mengabungkanya.

1 comment:

  1. Bosan, Bosan, BOSAN.... Bosan tahap gunung kinabalu bah kauitu, bule kasi miring bah itu

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List