PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Sunday, July 28, 2013

Bagaimana Memilih Seluar Lelaki

Kebanyakan lelaki tidak terlalu menitikberatkan tentang apa yang dipakainya. Mungkin juga mereka mahu mengubah cara pemakaian mereka tetapi tidak terlalu memahami apa yang sesuai dipakai. Hari ini saya ingin menerangkan sedikit tips tentang bagaimana memilih seluar yang sesuai untuk anda.



Kebanyakan korean dan japanese style terarah kepada smart style, yang pastinya sangat popular ketika ini



Kebanyakan lelaki asia bukanlah setegap Aaron Aziz atau setinggi Farid Kamil, jadi struktur badan memainkan peranan penting mengapa pemakaian seluar anda selalu tidak kena. Kekadang seluar mencerminkan atau memberi imej / makna tertentu kepada lelaki. Bagi si lelaki berkaki pendek, anda bolehlah memilih seluar jenis cigarette pants ataupun capris yang berparas betul-betul bawah lutut. Pakailah seluar berjenis cuffless dan flat-front kerana ia akan menyebabkan kaki anda kelihatan lebih panjang. Cubalah memakai kasut bertumit bersama seluar berpinggang tinggi yang labuhnya menutupi kasut.

Flat-front lebih memberi ilusi tinggi daripada pleated.

capri pants (seluar steng)

ciggarate pants (slim fit)


cadangan membaca : aksesori lelaki untuk formal.html

Jika anda seorang lelaki yang mempunyai paha besar, seluar jenis soft palazzo sangat sesuai untuk anda. Seluar jenis boot-cut juga dapat melarikan pandangan orang ramai daripada paha anda. Sila jauhi seluar jenis tapered ya.

Boot-cut untuk jejaka berpaha besar

Disebabkan warna-warna gelap dapat memberi ilusi kurus, jejaka berkaki gempal perlulah memilih seluar berwarna gelap dan dipadankan dengan baju yang cerah dan menarik. Ini adalah untuk melarikan pandangan daripada kaki anda dan seterusnya memberi ilusi badan yang bidang dan besar seperti yang digilai oleh ramai gadis.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List