PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, October 12, 2013

Kasiat Makan Buah Tin

Kelazatan buah tin
KELEBIHAN BUAH TIN
buah yang disebut dalam AL QURAN. Nabi Muhammad SAW juga pernah bersabda, “Sekiranya aku katakan, sesungguhnya buah yang turun dari syurga, maka aku kata’, “inilah buahnya” (tin), sesungguhnya buah syurga tiada keraguannya”.
(HR Abu Darda; Suyuti).

Hadis ini telah dibuktikan dengan penemuan sains mengenai keistimewaan buah tin yang belum diterokai sepenuhnya.



Buah tin mempunyai khasiat yang berbeza daripada buah-buahan lain di samping kelazatan yang unik dan mempunyai nilai pemakanan yang tinggi. Buah ini juga dikenali sebagai bahan pelancar (laxative), penahan sakit dan unsur perkumuhan air kencing (diuretik).

Buah tin tidak mengandungi garam, lemak dan juga kolesterol tetapi ia mengandungi kandungan galian yang lebih tinggi seperti kalium, serat dan zat besi. Daripada kajian saintis mendapati buah tin mampu meningkat dan mengekalkan kesihatan tubuh badan manusia.

Buah tin sumber utama dalam mengatasi masalah berat badan. Buah tin juga dipercayai mempunyai bahan yang boleh melawan kanser, di mana ‘polyphenols’ yang tinggi dalam buah tin bertindak sebagai antioksidan.

Seperti yang semua sedia maklum antioksidan penting untuk tubuh badan kerana ia berfungsi untuk menentang free radicals dalam badan yang boleh menyebabkan berlakunya kanser.

Secara keseluruhannya buah tin memberi kelebihan tenaga, membantu meningkatkan fungsi otak dan boleh mengubat pasangan yang tidak mampu mempunyai zuriat.

Related Post:
makanan turnkan darah tinggi
dah makan? elakkan...
khasiat buah kundur

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List