PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Saturday, October 12, 2013

Awasi Anak Dari Gajet

Jangan biarkan anak anda.
Fikirkan kesan buruknya
Kesan Gadget Ke atas anak-anak.. Anak-anak sekarang sangat-sangat terdedah dan amat leka kalau diberikan bermain gajet seperti telifon pintar atau ipad. Ibubapa perlu prihatin dan memandang serius hal fenomena kanak-kanak yang terlalu khusyuk dan ketagih gajet-gajet yang canggih-canggih belaka sekarang ini.

Kajian Gajet terutama IPAD terhadap anak-anak adalah berdasarkan kajian yang didapati oleh kebanyakan ibu bapa yang menemui doktor tersebut di Hospital PPUM dan kajian yang didapati dari sekolah ke sekolah. Malah seorang doktor Pakar Pediatrik dan Pensyarah Pusat Perkembangan Kanak-kanak Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia yang turut hadir pada seminar tersebut iaitu Dr.Norazlin Kamal Nor juga sangat membenarkan kenyataan tersebut dan menegaskan beliau turut mempunyai perolehan kajian yang sama di Hospital HUKM. Amat mengejutkan kesan buruk yang diperolehi amat tinggi berbanding kebaikan.


Mereka menyarankan kepada ibu bapa yang baru berniat mahu membelikan Gajet untuk anak-anak… lupakan dan tiadakan gajet untuk anak-anak dan kepada yang sudah membelinya kurangkan penggunaan Gajet tersebut untuk anak-anak. Salah satu daripada kesan yang diperolehi adalah Interaksi antara anak-anak dan ibu bapa jelas ‘KURANG’.
Cadangan membaca : Padah kalau terlalu obses gajet

Anak perempuan akan lebih berisiko murung
Kesan-kesan lainnya;

1. Mereka lebih banyak menguasai Visual (Memandang) berbanding Auditori (mendengar) –Apabila guru-guru mengajar di hadapan kelas tumpuan mereka mudah hilang arah dan mudah melihat pergerakan luar (keluar tingkap). Iklan-iklan di bilik darjah Seperti, pembaris jatuh, rakan batuk, kipas berpusing dan lain-lain lagi.
2. Perkembangan bahasa mereka lemah
3. mereka kurang bercakap, kurang bergaul dan berada dalam dunia sendiri.
4. Beberapa kajian berulangkali mengingatkan bahawa penggunaan tablet secara berlebihan pada anak dapat menyebabkan kesukaran perkembangan dan masalah termasuk autisme atau sukar memfokuskan perhatian.
5. Menyentuh skrin dengan sangat mudah, ia tidak begitu membantu skill motor mereka

Macam biasalah, sesuatu pekara ada baik dan buruknya. Kita sebagai penjaga dan pembimbing agar anak-anak kita cemerlang. Fikirkanlah...

Tunjuk sikap memberontak selepas mengguna gadjet itu sejak kecil,
Budak perempuan ketagih iPad sejak berumur tiga tahun, di England
* Erm! bila terbaca ni, naik risau lah jugak. Ye lah kan, budak-budak sekarang boleh dikatakan majoriti nya membesar dengan gadjet. Serba serbi dikelilingi gadjet.

Related Search Result :
amaran jangan tinggalkan anak bersendirian dalam kereta
anak! apa yang anda rasakan berubah?

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List