Sunday, July 28, 2013

Aksesori Lelaki Untuk Formal

Ramai yang tak mengetahui akan kepentingan memiliki ataupun mengenakan beberapa aksesori pada pakaian sama ada kena ke tidak apabila menggayakannya. Ada beberapa jenis aksesori lelaki yang patut dan tak patut anda buat jika ingin menggayakannya.

Suspenders (tali pada seluar slack



Elok dipakai dengan seluar berlisu (pleated)
Elakkan seluar yang mempunyai gelung untuk bertali pinggang.
Seluar yang dipakai dengan suspenders hendaklah longgar di bahagian pinggang.
Jangan memakai tali pinggang bersama-sama suspenders.


Tali Leher

Warna tali leher anda hendaklah sesuai dan melengkapi pakaian anda.
Elakkan warna garang jika berpakaian untuk bisnes.
Pastikan bucu tali leher mengenai ben pinggang seluar anda.
Kedua-dua hujungnya hendaklah sama dan pendek sedikit dari yang lebar.

Tali Pinggang

Pilihlah tali pinggang dengan buckle sederhana atau kecil.
Tali pinggang seharusnya antara 2 cm hingga 3.2 cm lebar.
Seluar, tali pinggang dan kasut hendaklah bersesuaian serta lengkap-melengkapi  antara satu sama lain.

Stoking

Stoking mestilah bersesuaian serta melengkapi seluar dan kasut.
Stoking bercorak adalah untuk pakaian kasual.
Yang terbaik adalah tanpa corak, corak timbul atau bermotif lembut.

Kasut

Warna kasut hendaklah sesuai dengan lain-lain warna pakaian. Kasut warna coklat atau tan adalah selamat digunakan dengan kebanyakan warna pakaian kecuali coklat. Cubalah kasut warna tan dengan seluar kelabu asap.
Elakkan potongan dan bahan fansi.
Kasut kulit adalah pilihan terbaik untuk kelihatan formal.

Mendapat Impak Yang Baik

Mungkin anda bukan dari kategori lelaki metroseksual (lihat maknyanya di bawah) yang mementingkan penampilan yang sempurna dan hebat setiap masa, tetapi ingin mengetahui tips asas untuk mendapatkan penampilan diri yang baik

Di sini ada beberapa tips untuk kaum Adam yang inginkan penampilan yang baik tidak kira di pejabat, majlis kasual atau majlis formal:

1. Memakai pakaian yang betul-betul mengikut ukuran badan anda, sama ada ditempah dengan tukang jahit, atau dibeli di kedai dan disesuaikan dengan badan anda

2. Memakai stokin yang sesuai dengan warna suit atau seluar anda

3. Jangan memakai tali leher yang terlalu kurus

4. Jangan biarkan dompet anda menggelembung kerana terlalu banyak isi

5. Jangan pakai pakaian yang sudah lusuh atau yang berkedut

6. Jangan pakai baju yang berbelang menegak jika anda bukan seorang yang tinggi dan kurus.

7. Pakai lengan panjang dan bertali-leher jika anda menghadiri temuduga atau mesyuarat rasmi

8. Padankan warna talipinggang dan kasut anda



9. Tali leher mesti mencecah bahagian atas talipinggang anda

10. Jangan pakai talipinggang dan suspender (tali penggantung dari seluar ke bahu) pada masa yang sama

11. Pakai pewangi sebelum memakai baju untuk mengelakkan kesan pada baju anda

12. Jaga postur anda untuk kelihatan tinggi dan penuh keyakinan


"Lelaki Metroseksual":
adalah lelaki heteroseksual yang mengambil berat tentang penampilan dirinya dengan pelbagai produk penjagaan dan perapian diri, serta pakaian mengikut fesyen semasa yang berjenama mahal dan bermutu tinggi, sehingga sering disalah-ertikan sebagai seorang yang homoseksual. "


Incoming Related Search Term :
Cara pakai kemeja (115)
pakai seluar (45)
tali pinggang (14)
pakaian pejabat (13)
pakaian untuk temuduga (6)

1 comment:

  1. Hot! !!. Lelaki memang tak banyak aksesori macam wanita. Tapi jangan pula mengenakan barang kemas. Sekarang ni ada yang pakai rantai gelang bagai nak rak... lelaki ke tu(pikir diaorang macho kot?). Ada juga bertindik kat telinga, tang mata, tang lidah. Ada yang tindik kat pusat. Apekejadah.

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List