PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Friday, November 29, 2013

Jenis Jeans Lelaki Yang Sesuai

Pemilihan JEANS yg bertepatan dgn tubuh badan & citarasa adakalanya sangat sukar utk ditentukan.. Tambahan pula sekarang nie sudah banyak jenama JEANS di pasaran seperti cendawan tumbuh selepas hujan yg masing-masing berlumba 100m utk menawarkan pelbagai pilihan yg terbaik..


Tetapi untuk membeli JEANS agar bersesuaian dgn diri & tak pelik di mata orang, korang-korang perlu mengikut kriteria-kriteria tertentu.. Di sini infosantai nak share beberapa kriteria utama yg korang-korang perlu ikut utk mendapatkan JEANS yg terbaik :-



LOOSE CUT/RELAXED



Potongan ini ternyata popular & sangat sesuai utk semua golongan umur.. Potongan lebih santai & tiada potongan yg khusus.. Ia agak longgar dari bahagian peha, lutut, buku lali & tiada genggaman yg mengecil.. Jeans yg longgar ini sangat sesuai bagi mereka yg bertubuh besar.. Tidak sesuai bagi korang-korang yg bertubuh rendah (^__^)v

STRAIGHT CUT


Potongan ini sangat bersesuaian utk lelaki yg inginkan sesuatu ringkas & classy.. Potongan ini sedikit fit dgn kemas dari bahagian paha & lutut, terus ke pergelangan kaki tanpa tirus.. Jeans ini juga tidak mempunyai bentuk kakinya yg tersendiri.. Amat sesuai dipakai utk lelaki bagi lapisan umur (^__^)V

BOOT CUT


Potongan jeans ini semakin digemari lelaki.. Potongan yg fit di bahagian lutut & sedikit lebar dari bahagian betis hingga ke buku lali.. Sesuai dipakai bagi korang-korang yg mengenakan boots.. Sesuai utk semua peringkat umur & bentuk badan (^__^)v

SUPER SKINNY/EXTRA SLIM


Antara trend pemakaian jeans masa kini.. Terutama sekali bagi para remaja & muda mudi.. Sungguh ketat & fit dari bahagian paha & lutut & kemudiannya sedikit mengecil di bahagian buku lali.. Sesuai bagi lelaki yg langsing, kurus & tidak mempunyai kaki yg besar.. Sekiranya saiz badan korang-korang agak gempal, AWAS! Jangan pakai jeans jenis ini (^__^)v

SLIM LEG CUT


Trend ini juga mempunyai pengikutnya yg tersendiri.. Namun tiada banyak bezanya dgn Super Skinny Cut.. Juga ketat & fit dari bahagian peha & lutut, cuma ia terus tirus ke bahagian buku lali & tidak mengecil.. Sesuai utk lelaki yg bertubuh langsing & kurus (^__^)v

....................

Jadi jangan teragak-agak lagi utk membeli jeans yg sesuai & tepat utk korang-korang.. Benda yg remeh, tetapi smart jika digayakan dgn sesuai..Saya pun ada 3 jenis jeans - Straight Cut, Slim & Skinny - Digayakan mengikut situasi-situasi yg bersesuaian


Related Search Term Widget:
panduan memilih kemeja lelaki (24)
Pilih seluar lelaki (15)
Penjagaan Pakaian (11)
Seluar mencerminkan jenis lelaki (1)
Lelaki Yang Pemalas (1)

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List