Segmen Buat Sendiri Pening kepala jika plug terminal kuasa terlalu tinggi atau charger hp anda pendek dan tak cukup panjang untuk digunakan sehinggakan anda mengecas hp sampai tergantung hp tu. Mungkin juga anda tidak mahu anak-anak anda atau bayi mengambil hp anda dan menjauhkannya dari dicapai.
Jadi dengan hanya mengitar semula botol losyen bayi (baby lotion) anda hanya perlu memotongnya seperti gambar. Anda perlu menebuk botol tersebut sesuai dengan palam pencucuhnya (palam 3 pin / palam 2 pin). Poket telifon bimbit tersebut makin menarik jika anda membalutnya dengan kertas bewarna agar tak kelihatan jenama botol tu. Mungkin boleh juga dicat dengan cat kalis air atau cat minyak.
Teknik ini boleh juga diaplikasikan untuk memuatkan wayar yang terlalu panjang dan tak cantik dipandang mata. Ia juga seperti organizer untuk wayar yang berselirat.
Selamat mencuba
(tag : old bottle, cord holder, recycle, make it yourself,)
No comments:
Post a Comment