Pemakaian Tali Leher Yang Betul.
- Pastikan tekstur tali leher anda sesuai dengan pakaian yang dipakai. Sebagai contoh, tali leher sutera (berkilat) perlu dipakai bersama pakaian yang sama tekstur dengannya.
- Seeloknya pilih tali leher yang mempunyai kelebaran 3.5 inci.
- Pastikan simpulan tali leher kemas dan rapat ke bahagian kolar baju kemeja. Perhatikan juga simpulan yang dibuat itu tidak terlalu besar atau tidak terlalu kecil.
- Periksa semua tali leher yang telah disimpulkan. Untuk kemasan, lihat semula sama ada bahagian hadapannya panjang dan menyentuh seluar anda.
- Biasakan memakai tali leher yang berwarna gelap dari baju anda. Mungkin juga hampir sama warnanya dengan tali pinggang, tak semestinya warna hitam
- Elakkan memilih, membeli atau memakai tali leher yang berwarna terang. (ikut kesesuaian)
- Anda tidak digalakkan memakai klip pada tali leher kecuali dalam keadaan betul-betul perlu sahaja.
- Untuk gaya yang lebih elegen, pilih tali leher yang warna utamanya sama dengan sut yang anda pakai.
1. Klip tali leher – aksesori jenis ini boleh diklipkan secara horizontal pada tali leher atau kemeja anda. Di pasaran, terdapat pelbagai jenis klip tali leher yang ditawarkan sama ada bentuk, warna dan material yang digunakan. Terpulanglah kepada anda untuk memilihnya agar kena dengan cita rasa.
2. Rantai tali leher (the chain) – cukup mudah untuk memakai aksesori jenis ini. Hanya sangkutkan bar (besi keras) pada salah satu butang kemeja manakala rantainya pula diletakkan pada bahagian atas tali leher berkenaan. Pastikan bar berada di belakang sementara rantainya di bahagian hadapan.
3. ‘The Tack’ – sangat berbeza dari bentuk serta fungsi memakainya. Ia direka dengan dua bahagian yang berlainan di mana bahagian pin diletakkan di sebelah kiri belakang. Untuk memakainya, tanggalkan pin dari dasarnya kemudian tusukkan pada tali leher. Temukan bahagian dasar dengan pin dan masukkan rantai ke lubang butang kemeja. -santai-
Berhati-hati jika bertali leher. Jangan gayanya macam salesmen je. Elak warna hitam 1 colour je
ReplyDeleteBertali leher ketika temu duga perlu bertali leher lebar. Ada fesyen terkini tali lehernya bhg pangkal rata, takde bentuk "v". Sekarang ianya trend bertali leher tak lebar. Jgn letak fesyen kepada formal, nahas nanti