Friday, September 20, 2013

Jom Naik Basikal

Minat? Sekarang ni dah jadi
trend
Mari Kita Berbasikal | Jika Anda malas berolahraga, berbasikal boleh menjadi salah satu olahraga menarik untuk dicuba. Berkayuh akan membuatkan badan terasa ringan kerana tanpa terasa Anda telah menggerakkan tubuh sambil dapat menikmati pemandangan alam sekitar.

Banyak anak muda dan tak kurang juga orang berusia dan berumur sekarang ini memilih untuk berbasikal seawal pagi hujung minggu. Apa yang Anda dapat dari berbasikal? Bagaimana memilih basikal yang sesuai?



MANFAAT BERBASIKAL

berbasikal dah popular 
Hasil yang didapatI dari BERBASIKAL terutama akan menguatkan otot bagian bawah seperti betis, paha dan pinggul. Berbasikal mampu membakar kalori sebanyak 300 sampai 700 kalori setiap jam. Jadi, akan berguna untuk Anda yang ingin menurunkan berat badan. Selain itu, Berbasikal dapat meningkatkan isipadu paru-paru sampai 50% dan oksigen yang dapat ditampung paru-paru lebih banyak.


Untuk penderita obesiti, Berbasikal merupakan olahraga yang dianjurkan kerana berbasikal kurang risiko kecederaaan dibandingkan kebanyakan olahraga yang menggunakan aktiviti berat seperti berlari atau melompat. Lenturan akibat berlari atau melompat dapat menyebabkan kecederan kaki, pinggang, punggung bagi mereka yang melebihi berat badan kerana berat badan yang berlebih membuat bebanan semakin bertambah. Berbasikal juga baik untuk mereka yang menghidapi sakit jantung. [klik] kenali makanan menggemukkan

Salah satu alasan Berbasikal menjadi olahraga yang menarik adalah kerana Berbasikal dapat menjadi salah satu cara rekreasi. Menikmati pemandangan secara santai dan merasakah hembusan angin dapat menjadi salah satu sarana rekreasi yang menyegarkan. Jadi Anda dapat sehat secara fizikal dan menyegarkan fikiran.

TIPS MEMBELI BASIKAL

Tertarik untuk mencUba bersepeda / Berbasikal? Bagi Anda yang belum memiliki basikal, langkah utama adalah dengan membeli JENIS basikal untuk digunakan. Ada berbagai model basikal dalam ukuran yang berbeza. Untuk mendapatkan basikal yang baik, cuba perhatikan hal-hal berikut waktu memilih basikal yang akan dibeli:

Tempat Duduk hendaknya selesa untuk diduduki dan dalam ukuran yang tak menyakitkan.
Pilih basikal dengan tinggi kerusinya yang disesuaikan dengan tinggi badan Anda. Tempat duduk hendaknya tidak terlalu tinggi kerana akan menyulitkan waktu mengayuh juga dapat menyebabkan bagian paha menjadi luka. Tempat duduk yang terlalu rendah juga sebaiknya dihindari kerana membuatkan kaki membengkuk terlalu banyak dan membuatnya terasa kekok. Selalunya ianya boleh ditinggikan dan direndahkan, tetapi pastikan bahwa tinggi maksima dan minima sesuai dengan badan Anda. Idealnya tinggi kerusi dan tinggi pemegang basikal sejajar.

TIPS BERBASIKAL

Agar kurang menghadapi komplikasi samaada kecederaan atau ketidakselesaan semasa Berbasikal, beberapa pekara harus diperhatikan, iaitu:


  • Pastikan bahagian-bahagian penting dari basikal seperti rim dan ban dalam keadaan yang baik sehingga tidak akan mengganggu perjalanan atau menimbulkan kecelakaan.
  • Untuk menghindari risiko cedera, lakukan sedikit pemanasan khususnya untuk meregangkan otot-otot bagian bawah seperti pinggang, paha dan betis.
  • Sebagai menambah keselamatan waktu Berbasikal, Anda boleh menggunakan perlengkapan pelidung seperti helmet, kasut, pelindung kaki / lutut, sarung tangan, kacamata atau perlengkapan lain yang diperlukan.
  • Waktu mula mengayuh basikal, lakukan dulu dengan kecepatan perlahan selama 5-10 minit sebagai cara untuk pemanasan dan menyesuaikan dengan basikal. 
  • Saat mengayuh basikal, usahakan agar Anda mengayuh pedal satu putaran penuh.
  • Kecepatan yang dianjurkan untuk kesehatan adalah 27 km/jam dan putaran roda 70 putaran per minit (rpm)
  • Selesai Berbasikal, lakukan senaman menyejukkan badan dengan mengayuh sepeda secara perlahan selama kurang lebih 10 minit.
  • Selain untuk kesihatan, menggunakan basikal juga dapat mengurangkan pencemaran udara akibat penggunaan kendaraan bermotor. Asap kendaraan mengeluarkan asap. Sebaiknya gunakan basikal.
Minyak naik lagi 20sen.
Takkan basikal guna minyak??!!
Melihat banyaknya hasil positif dari Berbasikal, tidak ada salahnya untuk mengayuh basikal Anda.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List