Friday, September 20, 2013

Bersin, Batuk, Sedu, Dengkur dan Menguap Manusia

Cute! Teringin juga nak tahu kenapa
manusia ... Itu... ini
Fakta : Bersin, Batuk, Sedu, Mendengkur dan Menguap | Bersin, batuk, sedu, berdengkur, atau menguap pasti pernah Anda alami. Ketika di daerah berdebu, Anda akan bersin. Kemudian ketika menghirup sesuatu yang membuat nafas sesak, Anda akan batuk. Kadang Anda juga mengalami sedu yang berbunyi 'hik'. Berdengkur atau mengorok juga boleh jadi dialami sesiapapun. Satu lagi iaitu ketika mengantuk, Anda menguap.

Kegiatan itu sering terjadi di luar kemahuan dan merupakan proses semulajadi. Mengapa hal itu terjadi? Secara ilmiah, hal tersebut dijelaskan sebagai berikut.



Bersin
Bersin merupakan aliran udara yang hebat melalui mulut dan hidung. Ini terjadi di luar kemahuan. Biasanya bersin terjadi kerana ada partikel pengganggu dalam hidung Anda. Hujung saraf di dalam hidung merangsang Anda bersin untuk menyingkirkan partikel-partikel tersebut.

Penyebab lain adalah udara dingin atau sakit demam. Pada saat demam, banyak partikel asing di dalam hidung Anda ketika berhingus sehingga memaksa hidung merangsang bersin.

Yang perlu Anda tahu tentang bersin iaitu kecepatan udara persaat Anda bersin mencapai 166 kilometer per jam. Lalu ketika bersih Anda akan mengeluarkan sampai 100,000 butiran kecil lendir dan mikro organisme. Itu sebabnya, saat bersin sebaiknya Anda menutupi hidung dan mulut Anda kerana ianya dapat membahayakan orang lain.

Batuk
Sama seperti bersin, ketika Anda batuk ianya bertujuan untuk mengusir benda berbahaya dalam tubuh Anda. Jika bersin terjadi kerana ada partikel asing di hidung, maka batuk terjadi kerana ada partikel atau bendasing di dalam paru-paru atau saluran nafas. Tujuannya untuk membersihkan paru-paru dari bendasing yang berbahaya ketika saluran pernapasan mulai terganggu. Batuk juga mungkin akan menyebarkan kuman yang menyebabkan penyakit. Oleh sebab itu, sebaiknya ketika batuk, Anda tutup mulut Anda. Macamana menghilangkan batuk teruk?


Sedu
Sedu terjadi di luar kemauan atau tidak dapat kawal. Sedu merupakan pengambilan udara secara mendadak yang disebabkan kerana pergerakan diafragma bawah paru-paru secara tidak teratur. Penyebabnya kerana gangguan organ-organ tubuh dekat diafragma. Diafragma Kejang ini menarik udara dari paru-paru melalui laring, menyebabkan pita suara bergetar. Oleh kerana itu, ianya akan menimbulkan suara ’hik’ ketika Anda sedu. Klik untuk cara hilangkan sedu

Dengkur
Saat tidur, beberapa orang berdengkur atau mengorok. Suara kasar ketika Anda tidur ini biasanya disebabkan anda bernafas melalui mulut. Jaringan lembut pada langit-langit mulut dekat tekak bergetar kerana udara melalui mulut saat Anda bernafas melalui mulut. Selain itu, bibir, pipi, dan lubang hidung Anda juga ikut bergetar. Posisi yang umum menyebabkan mendengkur adalah tidur terlentang. Hal ini kerana mulut cenderung menganga dan lidah menghalangi saluran pernafasan. Salah satu penyelesaiannya adalah dengan tidur miring.

Menguap
Saat mengantuk, Anda akan menguap. Mengapa Anda menguap? Kerana paru-paru Anda kurang mendapat oksigen. Dengan mengambil nafas dalam-dalam di luar kemahuan terjadi sebagai tindakbalas semulajadi akibat tertutupnya paru-paru oleh karbon dioksida atau kekurangan oksigen.

Yang juga menarik, iaitu menguap diduga sebagai kebiasaan boleh juga berlaku. Jika Anda melihat atau mendengar orang lain menguap, yang sering terjadi adalah Anda akan ikut-ikut menguap. Fenomena ini masih menjadi misteri bagi banyak ilmuwan.

No comments:

Post a Comment

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List