PopAds.net - The Best Popunder Adnetwork

Sunday, June 16, 2013

Berkawan Biarlah Ikhlas

Semua orang mempunyai kawan. Tapi tahu tak ramai diantara kawan kita itu ada perangai yang berlainan dan perwatakan yang berlainan. Ada juga yang saja nak tumpang populariti seseorang itu dan ada juga ikhlas untuk berkawan dengan seseorang itu. Kebanyakkan orang zaman sekarang suka memilih bulu dalam berkawan. Bukan fantasi tapi realiti...

hiasan : jangan bersangka buruk,
walaupun orang lain mengatakan luarannya dah tersurat


Berkawan...

Orang berkata berkawan biar ikhlas tapi kebanyakkan daripada kita berkawan oleh kerana kesunyian tiada kawan lain sebab itu berkawan dengan orang itu dan apabila jumpa kawan lain, ditinggalkan saja kawan yang telah banyak menolong dia. Begitu juga bila bergaduh, terus cari kawan lain tanpa memperdulikan kawan yang sudah lama dengan dia. Rasa tak adil kan???



Persahabatan...

Di bawah antara ciri-ciri kawan yang ikhlas berkawan dengan kita:

1. Jika kita berbuat baik pada mereka, mereka akan melindungi kita.

2. Jika kita rapatkan persahabatan dengan mereka, mereka akan membalas balik persahatan kita.

3. Jika kita memerlukan pertolongan daripada mereka, mereka akan membantu kita dengan santai.

4. Jika kita menghulurkan sesuatu kebaikan kepada mereka, mereka akan menerima dengan baik.

5. Jika mereka mendapat sesuatu bantuan daripada kita, mereka akan menghargai atau menyambut kebaikan kita.

6. Jika mereka melihat sesuatu yang tidak baik daripada kita, mereka akan menutup keburukan kita.

7. Jika kita meminta bantuan daripada mereka, mereka akan mengusahakan untuk membantu kita.

8. Jika kita berdiam diri kerana malu untuk meminta bantuan mereka, mereka akan menanyakan kesusahan awak.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa kita, mereka akan meringankan kesusahan kita.

10. Jika kita berkata kepada mereka, mereka akan membenarkan kita.

Berkawan biar ikhlas...

Di bawah ini pula adalah ciri-ciri kawan yang perlu dijauhi:

1. Kawan yang lupa diri
Spesis ini macam kacang lupakan kulit kerana kawan macam ini memang langsung tak boleh dibuat kawan. Masa mereka susah, cepat-cepat mereka cari kita tapi bila mereka sudah senang, mereka lupakan kita dan tak nak pandang pun kat kita.

2. Kawan yang berlagak
Bajet mereka sempurna dan mereka lupa apa yang mereka ada itu semua pinjaman dari Allah. Mereka juga merendah-rendahkan kredebiliti kita.

3. Kawan yang makan kawan.
Kawan macam ini sanggup buat apa sahaja dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup memusnahkan hidup kawannya sendiri demi mencapai kesenangan hidup. Mereka hanya pentingkan diri mereka sahaja tanpa memperdulikan kita.

4. Kawan yang hipokrit
Kawan ini spesis yang hipokrit. Mereka menjaja sifat buruk kita dibelakang kita kepada orang lain tapi bila depan kita buat-buat macam menyebelahi dan baik sangat dengan kita di depan orang lain.

5. Kawan yang penuh sifat dengki dan iri hati
Kawan macam ini tak boleh tengok kita duduk senang-lenang. Asal kita senang saja, mula la mereka hidup tak tentu arah dan hati mereka resah gelisah. Lepas itu, mulalah mereka mengatur strategi untuk menjatuhkan hidup kita. Bila kita sudah susah, barulah mereka rasa puas hati.

6. Kawan yang suka menipu
Kawan yang tak pernah cakap betul dengan kita. Bila kita tanya mengapa mereka buat begini, mereka cakap lain untuk melepaskan diri mereka sendiri. Mereka hanya pikirkan perasaan mereka tanpa pikirkan perasaan kita sedikitpun.

7. Kawan yang kedekut
Kawan macam ini susah kalau kita nak minta tolong. Barang kita semuanya mereka ambil tanpa minta izin pun tapi bila kita ambil barang mereka tanpa minta izin, mula mata menjeling-jeling, pastu heboh kat semua orang.

8. Kawan yang tak reti guna barang
Mereka tak reti untuk meminta kebenaran pinjam barang kita dan mereka pakai ambil saja. Bila sudah habis menggunakan barang kita, mereka tak reti-ret nak pulangkan balik dan buat macam harta mereka sendiri.

9. Kawan yang 4G
4G yang maksudkan di sini ialah gedik, gatal, gelenya, gelebeknya. 4G ini khasnya untuk kaum perempuan sahaja. Jauhilah kawan kita yang bersikap 4G ini yang terkinja-kinja dan terhegeh-hegeh dekat lelaki. Tiada sifat malu langsung.

10. Kawan yang berbangga dengan kejahatan yang mereka lakukan
Kawan macam ini tak tahu nak cakap macam mana lagi. Dah buat perbuatan yang terkutuk dan senang-senang hebahkan kepada orang lain. Rasa diri mereka yang terhebat.

Mengumpat dalam diam...

Berhati-hatilah memilih kawan pada zaman sekarang nih. Ramai orang boleh jadi kawan kita tapi nak cari kawan yang sanggup susah senang dengan kita walau bagaimana pun kita hanya 1 dalam 1000 dan yang lain hanya hipokrit semata-mata. Jadi bijak dalam memilih kawan agar kita tidak menyesal di kemudian hari. Segala yang terjadi mungkin ada hikmahnya, amalkan hidup secara bersederhana, ramai yang suka.

2 comments:

  1. Adat la kalau ber kawan. Kena ingat sekali kita buat salah, kauan akan ingat sampai bila-bila walaupun berapa banyak kebaikan kita lakukan.

    Itu org cakap kawan biarlah beribu. Sorang buat hal cari kwn lain. Tapi kawan sehidup semati, amat susah dicari, kalau ada hargai, mungkin anda jadikan diri kawan sejati

    Alah, buat baik akan tuhan balas baik. Tawakal sepanjang masa dan hidup bersederhana

    ReplyDelete
  2. Sapa tahu, perasaan bila dijauhi kawan?

    ReplyDelete

ShareThis

Lagi Info Menarik

.. ..

My Blog List