Mungkin kita teringat-ingat kat kata orang-orang tua dahulu. Mungkin anda pernah dengar. Tapi tak pasti la rasionalnya. Saja post untuk bahan santai-santai.
Antara yang selalunya kita dengar
1)jangan nyanyi dekat dapur,nanti kahwin dengan orang tua
2)jangan duduk dekat tangga,nanti tak kahwin
3)jangan korek pensel depan dengan belakang,nanti cepat mati
4)jangan keluar waktu maghrib,nanti kena sorok dengan hantu
5)rama-rama singgah rumah,maknanya ada orang nak datang
6)bulu mata kanan jatuh tandanya orang rindu
7)jangan pakai payung dalam rumah nanti pendek
8)jangan potong kuku waktu malam nanti pendek umur
9)jangan duduk atas bantal nanti punggung bisul
10)jangan buka payung dalam rumah nanti ular masuk
11)jangan makan beralih tempat nanti kahwin ramai
12)jangan makan leher ayam nanti teleng
13)basuh kaki sebelum tidur,kalau tak mengigau
Nak fikir rasional senang saja kot. Duduk kat bantal mungkin orang tua tak mahu Kesedapan duduk empuk, dulu mana ada kerusi sofa. Potong kuku malam hari, dulu manaada lampu terang macam sekarang, guna lampj minyak tanah je. Alah ape-apepun santai je
No comments:
Post a Comment